Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Jumaat, 29 Oktober 2010

Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya

Pakar motivasi ada menyatakan. Untuk melahirkan anak yang cemerlang ibubapa juga mesti cemerlang dalam mendidik anak-anak. Begitu juga kalau mengimpikan anak yang soleh ibubapa juga mesti berusaha untuk menjadi ibubapa yang soleh dan solehah.

Ibubapa yang soleh dan solehah akan memastikan anak-anak mendapat didikan asas agama yang sewajarnya di peringkat tadika lagi. Biarpun terpaksa berbelanja lebih berbanding dengan tadika yang beroreantasi sikular tetapi hasilnya cukup berbaloi.

Anak-anak di ajar menghafaz doa-doa,ayat-ayat lazim serta berbagai adab dalam Islam. Bahkan kalau kita melihat klip video di bawah ini rasanya sejuk perut ibu yang mengandungkan nya.
Pelajar cilik ini belajar di sebuah Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dan sememangnya mempunyai bakat yang besar sebagai da'ie di masa hadapan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan