Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Jumaat, 8 Oktober 2010

Soal jawab Agama..Moga perkongsian ilmu membawa keberkatan.


Assalamualaikum ustaz..saya ada beberapa soalan..minta penjelasan ustaz jika tak keberatan...sgt musykil...sy dok pk lama dah..hmmm..

Soalan 1
1. benarkah org Islam, wlu pun berbuat dosa akhirnya akan masuk ke syurga juga..adakah klu seseorang muslim tu tak solat sepanjang hayat ATAU majoriti umurnya berbuat dosa akan ke neraka utk pembalasan dan akhirnya ke syurga juga.

Waalaikumsalam

Setiap orang Islam yang fasik akan masuk syurga setelah menerima balasan setimpal di atas dosa yang telah mereka lakukan. Fasik yang saya maksudkan di sini adalah fasik amalan bukan fasik akidah atau fasik nifak. Fasik akidah spt contoh tak percaya hari kiamat,sembahyang tak wajib,hukum Islam (Al-Quran)zalim tak sesuai dengan zaman dsbnya.Jelas mereka itu kufur akidah dan tidak ada tempat dalam syurga meskipun mayatnya disembahyangkan dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam (Lebih jelas sila rujuk kitab Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah bab perkara yg merosakkan aqidah) Begitu juga dgn fasik nifak di dalam Al-Quran menyebut mereka kekal di dalam neraka selama-lamanya .Ciri-ciri mereka disebut dalam Al-Quran surah Al-Baqarah ayat 8 - 16. rujuk)

Adapun fasik amalan spt cth tak sembahyang kerana lemah imannya ataupun kerana malas, tetapi akidahnya tetap yakin solat itu wajib mereka ini diketogerikan Muslim A'si yakni Orang Islam yang derhaka. Mereka ini berdosa pada Allah sekiranya tak bertaubat dosa itu akan dibalas dengan azab neraka.Nau'zubillah. Kadar azab bergantung sebanyak dan selama mana dosa itu dilakukan. Selepas habis dosanya barulah ia dimasukkan dalam syurga. Perlu diingat seorang yg dapat mengucap 2 kalimah syahadah ketika matinya akan tetap ke syurga biarpun dia seorang yg mujrimin(berdosa)
Wallahuaklam (Al-fakir Hj.Saidin Hasnam)

Soalan 2
Benarkah pndapat yg saya dengar Nabi Muhammad s.a.w akan mmberi syafaat pada umatnya..jika umatnya itu berada di neraka, akan dpt masuk syurga jika dpt syafaat Nabi s.a.w..benarkah..bagaimana klu dosa dia terlalu byk...

Syafaat adalah pertolongan dari Rasulullah di hari Akhirat kelak. Bagaimana Rasulullah nak beri syafaat kepada orang yg tak dikenalinya. Nak jadi umat Nabi Mohamad saw yang dikenali ialah dgn melaksanakan perintah Allah dan Rasul nya. Mafhum hadis menyebut akan lahir kelak satu umat yang berkata tapi dia tak beramal dan satu golongan lagi yang melakukan sesuatu yang tidak diperintahkan oleh Rasulullah saw.Sesiapa yg menentang golongan ini sama ada dgn tangannya(kuasa) lidahnya atau hatinya maka dia beriman.
Dalam kitab Muqasafatul Qulub (Imam Al-Ghazali) menyebut sekurang-kurang untuk dikenali Rasulullah adalah dengan sentiasa bersolawat ke atasnya barulah kita akan dapat shafaat di hari Akhirat kelak.
Adapun Syafaat itu ada yang diberi secara umum seperti Nabi memberi syafaat untuk dipercepatkan hari perbicaraan sedangkan Nabi-nabi lain tidak dapat melakukannya. Seperkara lagi khusus pada umatnya sahaja syafaat Nabi atas keistimewaannya sebagai khotamul anbiya' maka umat akhir zaman (umat nabi Mohd) adalah umat yang pertama dihisab dan pertama masuk syurga (Jika ia beramal soleh)
Ada juga riwayat yg menyebut seseorang yg diazab di neraka tetapi kerana ia ada melakukan sedikit amalan seperti berbakti pada ibu bapa walaupun ia tak solat dan berpuasa Namun ia ada berselawat atas Nabi ketika hayatnya di samping menyayangi ibubapanya maka Nabi tetap memberi syafaat kepadanya untuk dipercepatkan keluar dari Neraka.
Kadangkala syafaat Rasulullah dalam bentuk perantaraan kepada anak kecil yang mati ketika lahir atau sebelum akil baligh dan ibubapanya redha diatas takdir Ilahi serta bersabar diatas kedukacitaannya,maka anak itu kelak akan dapat menolong ibu bapanya di Akhirat utk membawa ibubapa ke syurga dgn izin Allah.

Al-fakir Hj Saidin Hasnam

Soalan 3

3. Apa kah beza antara hadis dan sunnah..atau hadis dan sunnah adalah benda yg sama?

Nak mudah faham Sunnah adalah sesuatu yang lebih umum. Keseluruhan kehidupan Rasulullah selama 63 tahun adalah sunnah. Ada sunnah yang wajib spt solat fardhu,Puasa Ramadhan,menegakkan daulah agar terlaksananya syariat adalah sebahagian sunnah yg wajib.
Adapun sunnah yg sunat seperti makan Nabi,Tidur Nabi,berpakaian spt Rasulullah serta amalan-amalan sunat yg lain itu adalah sunnah yang sunat.
Tegasnya dalam hadis Nabi yg mafhumnya "Sesiapa yg menghidupkan sunnahku aku kasih kepada dia. dan sesiapa yang aku kasih akan dia... maka dia bersama-sama dgnku di Syurga"
Hadis lebih khusus kepada penceritaan tentang kehidupan dan amalan Nabi saw. Di sana terdapat banyak periwayat-periwayat hadis di kalangan sahabat hatta isteri Nabi sendiri. Tujuan di riwayaatkan hadis oleh perawi-perawi hadis supaya umat ada panduan yang tepat. Namun begitu harus di ingat ada juga hadis -hadis maudu' (yg direka-reka)dan kita perlu berhati-hati. Untuk lebih mendalami lagi ilmu hadis dan kedudukan hadis kita perlu mempelajari ilmu Mastholah hadis.
Perkaitan antara sunnah dan hadis ialah kita mengetahui sunnah nabi saw melalui hadis.

Wallahuaklam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan