Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Khamis, 27 Oktober 2011

Nampak senang,,,tapi berhutang


















Makin canggih,makin bertamadun dunia semakin manusia hilang pertimbangan. Mereka memburu kesenangan tanpa memperhitungkan kemampuan diri. Buat pinjaman bank tanpa perlu penjamin. Tawaran pinjaman melalui kad kredit mendapat sambutan yang meluas. Ditokok tambah lagi dengan pinjaman mudah sama ada dari institusi kewangan berlesen maupun individu yang menawarkan khidmat pinjaman mudah (Ah long) dengan kadar faedah yang tersangat tinggi.

Lalu sampai ke akhir hayat kita menanggung hutang yang tak habis-habis. Persoalannya bahagiakah kita dengan kehidupan sebegini...?

Kubur Putera Mahkota Saudi Sultan Abd Aziz Al-Saud


Beginilah pengakhiran hidup manusia. Memiliki kekayaan,kemegahan kesenangan duniawi namun akhirnya kembali jua kepada Penciptanya dalam keadaan sebatang kara tanpa kekayaan dan kemegahan. Yang tinggal hanya satu tanah perkuburan yang terlalu simple

Jenazahnya juga tidak perlu kepada perhiasan!!

Inilah kubur Putera Mahkota, Putera Sultan Abdul Aziz AsSaud yang baru dikebumikan. Teramat 'simple' bagi kubur Diraja. Kuburnya boleh dikalahkan oleh sesetengah kubur rakyat Malaysia. Al-Fatihah...

ALLAH UJI SIKIT, JANGAN TERUS CABUT LARI

"SAYA selalu berdoa... Ya Allah jangan Engkau bagi hidayah kepadaku, kemudian Engkau tarik semula hidayah itu," cerita bekas penyanyi utama kumpulan rock Kamikaze, Sham Kamikaze atau nama sebenarnya Shamril Mohd Salleh, 35. Beliau memilih jalan berdakwah selepas tujuh bulan berhijrah dan meninggalkan dunia hiburan. Walaupun dari kecil berkecimpung dalam dunia seni yang menjanjikan pendapatan mewah setiap bulan, namun baginya ia tidak memberi apa-apa makna. .
Semasa saya mula-mula hijrah saya tidak tahu saya kena dakwah, jadi saya meletakkan tanggungjawab itu atas ulama dan pendakwah atau orang berilmu. Jadi apabila saya jumpa ustaz-ustaz mereka menegaskan semua orang Islam wajib berdakwah.

Jadi saya baru tahu "alamak ye ke?". Ustaz yang mengajar saya memberitahu saya ramai peminat, bagi tahu mereka. Sekarang ini Alhamdulillah, mana-mana program yang mengundang saya sudah tahu sasaran saya adalah orang muda.

Menurut Ustaz berkenaan, orang muda ramai kenal saya sebab orang tua tak ramai yang tengok tv. Mudah-mudahan kalau golongan ini tengok dan peminat saya sebelum ini mungkin berfikir "kalau orang berubah kenapa aku tidak boleh berubah?".

Dalam ceramah-ceramah yang saya ikuti pun saya selalu ingatkan para jemaah, saya bukan ustaz, tetapi saya sedang belajar dari semasa ke semasa. Saya selalu ingatkan perkara yang melibatkan hukum hakam, perlu dirujuk kepada orang yang betul tahu.

Ini kerana kita yang masih baru, bimbang juga hujah yang kita bagi tidak tepat. Sudahlah zaman sekarang ini semakin ramai orang yang sesat. Kita hendak sesatkan lagi pula? Bahaya tu!

Ramai artis kita berhijrah. Saya sudah berdialog dengan Wardina Safiyyah, Catriona Ross dan terbaru Irma Hasmie. Dan mereka mengakui tidak pandai cakap apatah lagi bercakap soal agama.

Apabila lihat kita bercakap atas kemampuan kita sendiri dengan menceritakan pengalaman kita bukannya berkaitan hukum hakam. Ramai yang seronok, sebab kita berkongsi pengalaman kita kepada peminat-peminat, dan mungkin selepas ini Allah pula bukakan hati peminat-peminat ini untuk sama-sama ke jalan Allah...

Saya selalu berpesan kepada kawan-kawan saya dan diri ini, bahawa dugaan dan cabaran kita berdakwah hari ini adalah terlalu sedikit, amat berbeza dengan rintangan yang dilalui oleh Rasulullah dan sahabat baginda.

Jangan mengeluh! Kalau kita kena tangkap atas sebab apa sekali pun, itu adalah ujian Allah Taala. Jangan bila nak berdakwah... Allah uji sikit sahaja, terus kita cabut lari. Kita berpegang kepada sirah Nabi. Walaupun ada rintangan, kita masih boleh menyampaikan dakwah dengan terang tidak payah sembunyi-sembunyi.

Saya berpendapat apa yang dialami oleh Bob Lokman itu tidak akan menjadi penghalang untuk artis terus berdakwah. Yang penting kita berserah dan berdoa kepada Allah Taala. Macam Abg Bob sendiri dia dah tahu dan dia berserah 100 peratus kepada Allah Taala, dan apa yang berlaku selepas ini pun itu kehendak Allah.

Saya yang duduk dalam hiburan ini rasa macam-macam sanjungan, hinaan, dan keji. Akhirnya kita tahu mereka kutuk kita pun kita tidak dapat apa!

Begitu juga kalau kita dapat sanjungan baik dapat anugerah atau pengiktirafan, tetapi tidak ada apa-apa makna untuk Allah Taala. Sekarang ini, orang tidak nampak kita buat ibadah dan apa yang di suruh yang penting Dia tahu.

Dia hendak hargai apa yang kita buat. Sebab itu, saya tegaskan apa yang saya buat sebelum ini adalah silap. Kita minta orang yang hargai kita bukannya Allah Taala. Kalau dulu kita ajar, dan tak berterima kasih, kita akan marah. Sebenarnya tidak perlu. Sebab kita adalah perantaraan Allah Taala.

Selasa, 25 Oktober 2011

Wajarkah kita bertabarruk...?

Ramai umat Islam yang tidak memahami hakikat tabarruk sama ada dengan Nabi SAW atau pun kesan-kesan pusaka peninggalan Baginda SAW, keluarganya, ulama pewaris Nabi dan para wali, rahimahumullah.

Mereka menganggap orang yang mengambil jalan tabarruk, melakukan kesyirikan dan kesesatan lantaran kerana penelitian mereka yang sempit dan pemahaman akal mereka yang senteng.

Sebelum dijelaskan dalil-dalil dan bukti-bukti yang menunjukkan bahawa tabarruk diharuskan, bahkan juga disyariatkan, sewajarnya kita ketahui bahawa tabarruk itu tidak lain dan tidak bukan, hanyalah amalan tawassul kepada Allah SWT melalui perantaraan makhluk yang diambil berkat daripadanya itu; sama ada berupa kesan peninggalan, tempat atau seseorang manusia.

Adapun benda-benda yang mulia; dijadikan sebagai alat bertabarruk kerana dipercayai mempunyai kelebihan dan pendekatan dengan Allah SWT. Namun, tetap dipercayai mereka itu lemah untuk mendatangkan manfaat atau menolak mudarat, kecuali dengan iizin Allah SWT.

Sementara, barang-barang peninggalan; dijadikan alat bertabarruk kerana disandarkan kepada individu atau orang-orang yang mulia tersebut. Maka ia menjadi mulia kerana kemuliaan mereka. Ia juga menjadi agung, besar dan dikasihi kerana mereka, sama ada para nabi, rasul, ulama dan wali.

Begitu juga dengan tempat. Ia menjadi tempat yang berkat bukan semata-mata kerana tempat tersebut, tetapi kerana berlaku di tempat tersebut perkara-perkara kebaikan dan kebajikan; seperti solat, puasa dan ibadah-ibadah lain yang dilakukan oleh hamba-hamba Allah yang soleh.

Dengan kebaikan yang mereka lakukan di tempat tersebut, maka di situ diturunkan rahmat, dihadiri oleh malaikat dan diliputi ketenangan. Inilah keberkatan yang dituntut daripada Allah di tempat-tempat yang dimaksudkan.

Keberkatan ini boleh didapati di tempat-tempat tersebut melalui tawajjuh(menghadapkan permohonan) kepada Allah, berdoa kepada-Nya, beristighfar dan mengingati peristiwa-peristiwa penting dan mulia yang berlaku di tempat tersebut.

Dengan mengingati peristiwa mulia tersebut, akan menggerakkan jiwa-jiwa, membangkitkan keazaman dan semangat mencontohi insan-insan yang telah berjaya dan soleh.

Di bawah dipersembahkan nas-nas ini yang dipetik daripada risalah khusus Prof. Dr. Sayyid Muhammad 'Alawi al-Maliki yang bertajuk al-Barakah (keberkatan).

Bertabarruk dengan rambut dan ludah baginda SAW

Daripada Ja'far ibn Abdullah ibn al-Hakam, meriwayatkan: Bahawa Khalid ibn al Walid r.a kehilangan kopiah pada hari peperangan Yarmuk.

Dia berkata: "Carilah kopiah itu" Tetapi, para tentera tidak menemuinya. Khalid r.a berkata lagi, "Carilah lagi!" Akhirnya mereka menemuinya. Ternyata kopiah yang dicarinya itu hanyalah kopiah yang sudah usang.

Khalid r.a berkata: "Rasulullah SAW pernah mengerjakan umrah, lalu mencukur rambutnya. Orang ramai pun berebut-rebut hendak mendapatkan rambut Baginda SAW yang telah terpotong itu. Aku mendahului mereka untuk mendapatkan rambut daripada bahagian ubun kepala Baginda SAW.

Setelah mendapatnya, aku menyimpannya di dalam kopiah ini. Maka tidak ada peperangan pun yang aku ikuti dengan membawa kopiah ini bersamaku, melainkan aku diberikan kemenangan". (Berkata al Haithami: Telah meriwayatkan hadis ini al Tabrani dan Abu Ya'la juga meriwayatkan riwayat yang sama. Rijal kedua-duanya adalah sahih. Majma' al Zawaid 9:349. Hadis ini disebut oleh Ibnu Hajar di dalamal-Matolib al-'Aaliah 4:90)

Diriwayatkan daripada Malik ibn Hamzah ibn Abu Usaid al-Sa'idi al-Khazraji, daripada ayahnya, daripada datuknya Abu Usaid, dia mempunyai sebuah perigi di Madinah yang dikenali dengan Telaga Budha'ah.

Nabi SAW pernah berludah ke dalam perigi itu. Maka dia meminum air dari perigi itu, seraya memohon keberkatan dengannya. (Riwayat al-Tabrani dan rijalnya adalah dipercayai).

Keadaan sahabat bersama Rasulullah SAW

'Urwah ibn Mas'ud pernah menggambarkan keadaan para sahabat r.a bersama Nabi Muhammad SAW.

Imam al-Bukhari meriwayatkan dengan sanadnya kepada al-Masur ibn Makhramah dan Marwan, kedua-duanya berkata: 'Urwah pun kembali kepada kaumnya. Dia berkata, "Wahai kaumku! Demi Allah! Sesungguhnya aku telah beberapa kali diutus kepada raja-raja; aku pernah diutus kepada Qaisar, Kisra, dan Najasyi. Demi Allah! Aku tidak pernah melihat seorang raja yang diagungkan oleh sahabat (rakyat)nya, seperti yang dilakukan oleh sahabat-sahabat Muhammad SAW.

"Demi Allah! Tidaklah Baginda SAW berludah, kecuali ludahnya itu jatuh di atas telapak tangan seseorang daripada mereka. Lalu, dia menggosok ludah itu ke muka dan kulitnya. Jika Baginda SAW menyuruh mereka, mereka berebut-rebut untuk melaksanakan perintahnya.

"Apabila Baginda SAW berwuduk, hampir saja mereka saling berbunuhan kerana merebut air wuduknya. Apabila mereka berbicara, mereka merendahkan suara di sisi Baginda SAW. Mereka juga tidak menajamkan pandangan kepadanya kerana membesarkannya". (riwayat Imam al-Bukhari dalam kitab al-Syurut, bab: 'Syarat-syarat Jihad'.)

Ulasan Al-Hafiz Ibnu Hajar mengenai kisah ini

Di dalam kisah di atas menunjukkan ludah (kahak) dan rambut yang telah terpisah dari jasad adalah suci, dan terdapatnya amalan tabarruk dengan sisa-sisa atau lebihan yang suci daripada orang-orang soleh.

Boleh jadi, para sahabat r.a melakukan perbuatan tersebut disebabkan kehadiran 'Urwah, dan mereka berlebih-lebihan melakukannya, sebagai isyarat untuk menolak anggapan 'Urwah yang khuatir para sahabat akan melarikan diri daripada Nabi SAW.

Mereka seolah-olah berkata dengan lisan hal (ujaran sikap): Orang yang mengasihi imam atau pemimpin mereka dengan kasih yang sebegini rupa dan membesarkannya dengan kemuliaan seperti ini, bagaimana boleh adanya sangkaan bahawa ia akan lari daripada pemimpinnya itu dan menyerahkannya kepada musuhnya?

Bahkan, para sahabat r.a tersebut sangat mencintai Baginda SAW, dan juga terhadap agamanya, serta kuat membantunya lebih kuat daripada kabilah-kabilah Arab yang saling memberikan perhatian di antara satu sama lain semata-mata kerana ikatan kasih (kekeluargaan).

Daripada riwayat tersebut juga dapat diambil kesimpulan, bahawa harus menggunakan pelbagai cara dan alat untuk mencapai tujuan melalui pelbagai jalan yang dibolehkan. (Lihat Fath al-Bari, 5: 341)

Pemaaf...penyabar dan tidak berdendam adalah terapi kebahagian dan keberkatan hidup

Biasanya perceraian akan menyebabkan bekas isteri menanggung segala kesusahan untuk membesarkan anak-anak.

Begitulah yang berlaku kepada Syuhada (bukan nama sebenar) yang terpaksa membesarkan anak-anaknya sendiri selepas berpisah dengan suami, Jamal (bukan nama sebenar).

Namun setelah anak-anak menggenggam ijazah dan diploma, muncul si bapa untuk berkongsi kejayaan anak-anak, padahal tiada sumbangan yang diberikan untuk kejayaan mereka.

Kepulangan suami menghiris perasaan Syuhada yang selama ini telah bersusah payah membesarkan anak-anaknya, namun dia reda demi masa depan anak-anak.

Kepada saya, Syuhada bercerita untuk berkongsi pengorbanannya selepas bergelar ibu tunggal.

"Saya berusia awal 50-an, seorang penjawat awam yang akan bersara tidak lama lagi. Saya pernah berkahwin dengan lelaki yang saya cintai sejak di bangku sekolah selepas kami keluar universiti.

"Perkahwinan kami bertahan hanya 10 tahun setelah dikurniakan tiga orang anak, seorang lelaki dan dua perempuan.

"Semasa berpisah dengan suami, anak yang bongsu, Azlin di tingkatan satu, Azlina, anak sulung tingkatan lima dan yang kedua, Azrin di tingkatan empat.

"Bayangkan bagaimana keadaan saya untuk membesarkan mereka. Dengan pendapatan sebagai penjawat awam ketika itu, berapa sangat gaji yang saya dapat. Tolak itu dan ini, tinggal dalam RM700-RM800 untuk perbelanjaan rumah dan anak-anak.

"Tapi saya bersyukur kerana Allah mendengar doa saya. Diberikan saya kesusahan untuk saya membaiki diri dan berdoa untuk kebaikan dan kesenangan di kemudian hari.

"Saya juga tidak ambil kisah sebab saya tahu dia tidak mampu kerana telah bernikah lain. Saya hanya berdoa dan berharap anak-anak akan berjaya dalam pelajaran dan hidup mereka.

"Alhamdulillah kerana saya mempunyai jawatan tetap dan ada sumber kewangan setiap bulan untuk perbelanjaan kami empat beranak walaupun tidak sebanyak mana.

"Setiap hari saya berdoa dan berazam akan melalui kesusahan ini, tidak kira cara bagaimana sekalipun.

"Kehadiran isteri baru menyebabkan bekas suami lupa kepada anak-anaknya. Makan minum dan perbelanjaan harian serta makan minum mereka tidak pernah dia tanya.

"Di peringkat awal, tentu saya merasa amat perit sekali. Tidak terkejar masa, maklumlah anak-anak kesemuanya bersekolah menengah dan akan menduduki peperiksaan. Mujur mereka faham.

"Berkat didikan dan kesabaran anak sulung, Azlina berjaya ke menara gading mengambil jurusan kewangan. Yang kedua menyusul kemudian diikuti dengan yang bongsu.

"Gembiranya hati saya tidak dapat hendak dikata, saya bersyukur kerana doa saya Allah makbulkan. Saya tidak mengharapkan duit ringgit anak-anak untuk hari tua saya tetapi masa depan mereka yang saya pentingkan.

"Kini saya lega, Azlina sudah tamat belajar dan mendapat pekerjaan yang sesuai dengan kelulusannya. Ketika kegembiraan ini saya nikmati, tiba-tiba muncul bekas suami.

"Seminggu sebelum majlis konvokesyen, Azlina pulang ke rumah dalam keadaan sugul. Saya tanya kenapa dia mendiamkan diri. Berkali-kali saya bertanya dan minta dia berterus terang dengan saya.

"Akhirnya dia memberitahu, ayahnya ada datang berjumpanya di pejabat. Dari mana dia dapat tahu tempat kerja Azlina saya juga tidak tahu. Azlina beritahu yang ayahnya mahu hadir pada majlis konvokesyennya nanti.

"Terkedu saya dibuatnya. Hati saya macam dibakar, kemarahan saya tiba-tiba menerpa. Tetapi alhamdulillah, saya cepat sedar dan beristighfar.

"Kenapa perlu saya marah, sedangkan itu ayah mereka. Apa pun terjadi antara saya dengan bekas suami, anak-anak tidak perlu dikaitkan.

"Saya tidak marah kepada Azlina sebab telah berjumpa dengan ayahnya. Saya faham perasaannya. Saya beri kebenaran kepada dia membawa ayahnya, jika itu yang ayahnya mahu.

"Apa yang akan berlaku di sana itu kerja Tuhan, kata saya. Walaupun hati berat menerima kenyataan ini tetapi saya kena positif demi masa depan anak-anak.

"Keluarga marahkan saya kerana terlalu baik dengan bekas suami. Saya tidak ada pilihan. Ini hari bahagia untuk anak sulung kami. Saya mesti gembirakan hatinya.

"Seingat saya, anak-anak marah dengan perbuatan ayah mereka tetapi tidak pernah membencinya biarpun setelah mereka berjaya, baru dia muncul.

"Saya pasti dia telah sedar kesilapannya dan mahu menebus kesalahan dan dosanya itu kepada anak-anak kami. Kalau di dunia dia terlepas, di akhirat pasti akan menerima ganjarannya juga.

"Azlina faham perasaan saya tetapi sebagai anak dia telah melakukan tanggungjawabnya, menerima ayahnya seperti dulu. Saya gembira dan bahagia walaupun hati saya telah terluka.

"Saya mendoakan anak-anak saya yang dua orang lagi, Azli dan Azrin akan mengikut jejak kakak mereka, menerima semula ayah mereka dalam apa juga keadaan.

"Pesanan saya kepada bekas isteri lain, jangan ikutkan hati tetapi fikirkan anak-anak. Mereka berhak memilih apa yang terbaik untuk hidup mereka.

"Kepada Allah saya berserah, semoga bekas suami benar-benar insaf dan bertaubat dengan perbuatannya mengabaikan kami dulu. Kepada anak-anak, terima kasih kerana membahagiakan saya," Syuhada menamatkan cerita.

Ahad, 23 Oktober 2011

Akhirnya Kota Kaum Aad Di temui....

Pada 1992, eskavasi telah dimulakan. Daripada hasil penemuan arkeologi, mereka bersepakat bahawa ia adalah kota Iram yang musnah seperti yang dimaksudkan dalam al-Quran berdasarkan pentarikhan karbon menyatakan ia dibina sekitar 6,000 tahun sebelum masihi. Menurut mereka lagi, kota yang ditemui itu adalah salah satu kota yang dimiliki oleh kaum A’ad dan banyak lagi yang tenggelam dalam ‘lautan’ pasir.

Keajaiban al-Quran

Terdapat beberapa persamaan hasil penemuan arkeologi dengan ayat-ayat Allah swt yang menceritakan kisah kaum A’ad dan nabi Hud as. Antaranya adalah berkenaan dengan pembinaan tiang-tiang yang sangat tinggi yang mana tidak pernah dibina oleh sesiapa pun sebelumnya.


Di sekitar runtuhan kota Iram.
1. Tiang-tiang tinggi

Dalam al-Quran ada menyebut tentang kota Iram yang disifatkan mempunyai tiang-tiang yang tinggi,

6. Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum ’Aad? 7. (iaitu) penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi 8. yang belum pernah dibangun (suatu kota) seperti itu, di negeri-negeri lain,

Surah al-Fajr ayat 6-8


Firman Allah swt telah dapat dibuktikan melalui hasil penemuan arkeologi pada 1992. Clapp yakin bahawa yang kota purba yang ditemui adalah Iram berdasarkan kepada tapak-tapak tiang yang berbentuk segiempat sama. Dipercayai bahawa tiang-tiang yang dibina adalah 7 batang kesemuanya.

2. Membina Benteng-benteng



Kaum A’ad juga diriwayatkan membina benteng-benteng. Ia diceritakan Allah dalam surah as-Syu’araa’ ayat 128 sehingga 130.

128. Apakah kamu mendirikan pada tiap-tiap tanah tinggi bangunan untuk bermain-main 129. dan kamu membuat benteng-benteng dengan maksud supaya kamu kekal (di dunia)? 130. Dan apabila kamu menyeksa, maka kamu menyeksa sebagai orang- orang kejam dan bengis.

Surah as-Syu’araa’ ayat 128-130


Sepertimana perihal tiang-tiang yang tinggi yang dibina oleh kaum A’ad, mereka juga turut membina benteng yang dianggarkan mempunyai tinggi lebih daripada 2 meter. Jika mengikut rekod arkeologi, tiada tamadun sekitar 6,000BC telah membina tembok atau benteng seperti yang dibina oleh kaum A’ad. Ia bertepatan dengan apa yang Allah swt bicarakan dalam Surah al-Fajr ayat 8.

3. Terdapat kebun-kebun dan mata air

133. Dia telah menganugerahkan kepadamu binatang-binatang ternak, dan anak-anak,134. dan kebun-kebun dan mata air,

Surah as-Syu’araa’ ayat 133-134


Mengenai perihal kebun-kebun dan mata air, ia dapat dibukti melalui penemuan oasis di tengah-tengah kota Iram. Penemuan oasis merupakan titik pertama sebelum penemuan Kota purba Iram. Mata air merupakan sumber utama kepada kemajuan kota Iram satu ketika dahulu. Kaum A’ad dikatakan mencari nafkah dengan mengembala binatang ternak dan juga berdagang. Oasis milik kaum A’ad masih lagi boleh dilihat sehingga ke hari ini.
Air daripada runtuhan oasis masih lagi boleh digunakan.


4. Dimusnahkan oleh angin kencang

41. Dan juga pada (kisah) Aad ketika Kami kirimkan kepada mereka angin yang membinasakan,42. angin itu tidak membiarkan satupun yang dilaluinya, melainkan dijadikannya seperti serbuk.

Surah adz-Dzaariyaat ayat 41-42


Dalam ayat Allah dalam surah adz-Dzaariyaat ini, angin kencang telah membinasa kaum A’ad yang sombong. Angin tersebut telah membinasakan seluruh masyarakat A’ad yang kufur terhadap Allah swt. Hasil arkeologi membuktikan bahawa runtuhan kota Iram bagaikan serbuk dan ia bertepatan benar dengan apa yang dimaksudkan Allah swt dalam ayat 42 surah adz-Dzaariyaat.

Penutup

Bagi ahli arkeologi, miskipun runtuhan tersebut sangat dashyat sehingga sukar untuk dilihat dengan mata kasar, ia bagaimanapun masih lagi mempunyai nilai yang sangat bermakna kerana dalam sudut yang lebih besar ia membukti al-Quran merupakan kalam Allah yang penuh mukjizat.

Kota yang dikatakan mustahil untuk ditemui ini akhir telah ditemui oleh seorang ahli arkeologi bukan muslim dan sepertimana yang diberitahu sebelum ini, rujukan utama mereka adalah al-Quran. Pembaca semua, ingatlah ayat Allah azza wa jalla ini,

Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. Al Quran itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman.

Surah Yusuf ayat 111

Sabtu, 22 Oktober 2011

Bolehkah solat dhuha dilakukan secara berjamaah

"Ustaz ...bolehkah solat dhuha dilakukan secara berjamaah? Saya tanya balik "Pasai apa? Baru-baru MB Perak datang dan solat dhuha berjamaah dia jadi imam pulak tu. Bagi saya untuk menjawab persoalan ini perlu kepada nas yang kukuh.

Solat dhuha itu sendiri hukumnya sunat muakkad,paling sedikit dua rakaat dan sebanyak-banyaknya lapan rakaat. Menurut Imam Ar-Rauyani dan Imam Ar-Rafie, sebanyak-banyaknya dua belas rakaat. Dikerjakan dengan sekali salam,setiap dua rakaat. Waktunya adalah sejak terbitnya matahari sehingga tergelincirnya matahari(Imam Nawawi, Al-Majmu’ Syarah Al-Muhadzdzab, 4/35-36)

Memang pada umumnya solat dhuha dianggap solat sunat (tathawwu’) yang tidak disunnahkan/disyariatkan berjemaah.(Imam nawawi,Raudhah Atn-Thalibin, 1/22;As-Sayyid Al-Bakri, I’anah Ath-Thalibin,1/272)

Namun demikian, sebahagian ulama telah meneliti ulang permasalahan tersebut. Dan mereka menemukan dalil bahawa solat dhuha ternyata boleh dikerjakan secara berjemaah. Syeikh Mahmud Abdul Latif ‘Uwaidhah , misalnya mengatakan “Solat dhuha ini dapat dikerjakan secara bersendirian dan dapat pula dikerjakan secara berjemaah”. Beliau lalu menyebutkan dalilnya, iaitu hadis dari “Itban bin Malik RA yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad,Bukhari,Muslim, dan ibnu Khuzaimah.(Mahmud Abdul Latif ‘uwaidhah, Al-Jami’li Ahkam Ash Shalah,2/399)

Dalam kitab Fathul Bahri(Syarah Sahih Bukhari) karya Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani, dinukilkan hadis ‘Itban bin Malik RA tersebut, bahawa Rasulullah Saw telah melakukan solat dhuha (subhata adh-dhuha) di rumah baginda(rumah ‘Itban bin Malik), lalu orang-orang berdiri di belakang baginda dan mereka pun bersolat dengan solat baginda(fa-qaamu waraa’ahu fa-shallu bi shalaatihi).(Ibnu Hajar Al-‘Asqalani, Fathul Bahri.4/177)

Imam Ibnu Hajar menjelaskan bahawa hadis di atas adalah hadis riwayat Imam Ahmad. Beliau juga menyatakan bahawa hadis yang semakna ini telah diriwayatkan oleh Imam Muslim dari sahabat Ibnu Wahab bin Yunus RA(Ibnu Hajar Al-‘Asqalani,Fathul Bahri,4/177;HR Ahmad no. 22657;Ibnu Khuzaimah no.1165)

Kitab lain yang menyatakan bolehnya solat dhuha berjemaah adalah kitab Al-Fatawa Al-Fiqhiyah Al-Kubro(2/250), berdasarkan hadis ‘A’idz bin Amr RA yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Tabrani. Dari ‘A’idz bin Amr RA dia berkata,”suatu saat air sedikit,maka Rasulullah Saw pun berwuduk dengan air dalam satu gelas(qadah) atau satu mangkuk besar (jafnah). Lalu Rasulullah Saw menasihati kami kerana sedikitnya air ketika itu. Rasulullah bersabda, ‘Orang yang bahagia di antara kita adalah orang yang terkena musibah, tapi dia tidak memperlihatkan itu kepada kita. Kecuali kalau musibah itu sudah menimpa semua orang dalam satu kaum.’ Kemudian Rasulullah Saw solat dhuha bersama-sama kami(tsumma shalla binaa rasulullah Saw adh-dhuha).”(HR Ahmad no. 19721; Ath-Thrabani dalam Al-Mu’jam Al-Kabir, no. 14462).

Berdasarkan dalil-dalil di atas, maka jelaslah bahawa melaksanakan solat dhuha secara berjemaah adalah boleh (ja’iz) menurut syara’, dan bukan merupakan suatu bi’daah. Sebab Rasulullah Saw sendiri pernah melaksanakan solat dhuha secara berjemaah dengan para sahabat.

Jumaat, 21 Oktober 2011

PERTUBUHAN MELAYU MURTAD TELAH DI LULUSKAN???

Persatuan Melayu Kristian telah SAH ditubuhkan di Malaysia !! Injil telah dicetak & di edar... IFC buat Roadshow besar-besaran sokong kebebasan Beragama... Bersedialah wahai saudara - saudari ku yang amat disayangi... BERDOALAH SEMOGA UMAT ISLAM SELAMAT
Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni?? Patut laa ada yang kata tak nak ada anak. Bukan takut nak beranak, tapi takut ada anak yang terpesong akidah

15 perkara berhubung dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia. Antaranya:

1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun

- Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah,
tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'...Kalau dia kata nak jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah digazetkan dalam Perlembagaan Negara.

2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum identiti agama - maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depa minta di'tiada'kan.

3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia tidak perlu masuk Islam.


4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam, mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.

5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid, begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah ibadat orang bukan Islam.

6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.

7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain

- mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la ni bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau tak dak mahkamah syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah, sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar

8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.

9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.

10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.

11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.

Khamis, 20 Oktober 2011

Baru 10 tahun fasih bertutur 10 bahasa

Seorang murid berusia 10 tahun boleh bertutur dalam SEPULUH bahasa termasuk Kazak dan Uganda. Sonia Yang, 10 tahun telah dinobatkan sebagai 'The best young linguist' bahagian barat laut England dalam pertandingan tersebut.

Gadis kecil dari Hulme Cheadle, Stockport, dilahirkan di Taiwan tetapi berpindah ke England dengan keluarganya untuk memulakan sekolah rendah.
Semasa tiba di England, Sonia sudah fasih bertutur dalam Bahasa Taiwan Jepun, Cina dan Bahasa Inggeris. Kini dia boleh juga bertutur dalam bahasa Jerman, Perancis, Sepanyol, Portugis dan baru-baru ini telah dikesan menguasai bahasa Kazakh dan bahasa Uganda.

Jangan runtuhkan jahiliah dan menegakkan jahiliah yang baru

Sememangnya sudah ditakdirkan. Kematian pemimpin Libya Mujammar Ghadafi amat tragis. Kezaliman pada rakyat akan di balas dengan kezaliman. Namun adakah wajar setelah kematian mayatnya disiksa dan di hina. Rasulullah saw amat melarang keras penyiksaan terhadap mayat meskipun ia adalah musuh umat Islam. serahlah kepada Allah untuk menghakimi nasibnya di Akhirat kelak

Rakaman televisyen menunjukkan mayat bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi yang berlumuran darah diheret dan dikasari pasukan tentera anti Gaddafi.

Menurut Reuters, dalam rakaman yang disiarkan stesen Al Arabiya, muka Gaddafi berlumuran darah dan tentera anti-kerajaan mengheret mayat bekas pemimpin itu di atas tanah manakala terdapat kesan luka di kepalanya.

Rangkaian televisyen Al Jazeera pula menyiarkan rakaman mayat Gaddafi yang hampir bogel sehingga paras pinggang diletakkan di atas tanah.

Al Jazeera turut menyiarkan gambar mayat Gaddafi di belakang ambulans dan mukanya tidak berlumuran darah.

Pemimpin yang memerintah negara itu selama 42 tahun itu dilaporkan merayu: "Jangan bunuh saya, anak saya."

Beliau dilaporkan masih hidup ketika ditangkap tetapi meninggal dunia sejam kemudian.

Motosikal menggunakan najis manusia pun ada...

TOKYO - Sebuah motosikal di Jepun menggunakan najis manusia sebagai sumber kuasa.

Ia yang dinamakan Motosikal Tandas Neo, dibina oleh firma tandas, Toto, dalam usaha membantu mengurangkan asap karbon dioksida sebanyak 50 peratus dalam tempoh enam tahun.

Dilengkapi tandas modifikasi dan makmal bergerak untuk memproses najis, kenderaan beroda tiga itu boleh bergerak selaju 80 kilometer (km) sejam.

Jika semua itu tidak cukup canggih, motosikal berkenaan juga boleh bercakap dan menulis mesej di udara dengan menggunakan sistem pengimejan cahaya.

Ia kini dipandu uji dalam sesi jelajah sejauh 960km di Jepun dan dijadualkan tiba di Tokyo pada 2 November ini.

Pada awal tahun ini, seorang lelaki melakukan perjalanan sejauh 20,000km mengelilingi Australia dengan menaiki sebuah motosikal berkuasa lemak ikan dan jejari kentang. - Agensi

Rabu, 19 Oktober 2011

KENAPA LELAKI BOROI SELEPAS BERKAHWIN?


  • Lelaki bujang tidak memperdulikan soal makanan tetap, sedangkan apabila berkahwin makan tersedia dari sarapan pagi hinggalah makan malam.
  • Banyak masa dihabiskan dirumah dan secara tidak langsung tabiat makan naik secara mendadak kerana asyik makan.
  • Kurang senaman dan menyertai aktiviti bersukan juga turut menyumbang ke arah boroi.
  • Kehidupan harian yang lebih terurus kerana semuanya dikendalikan isteri berbanding diri sendiri di zaman bujang.
  • Tanggungjawab yang semakin besar dan bebanan kerja yang semakin bertambah jugak menambah stress.

Pendaki ekstrem bersedialah menghadapi risiko spt ini


Mungkin ada yg berminat untuk menjadi pendaki ekstrem. Pengalaman mendaki Gunung Kinabalu satu ketika dulu sudah cukup menyiksakan dan aku rasa cukup sekali saja. Tetapi masih ada yang menjadikan aktiviti ekstrem ini sebagai sesuatu yang menyeronokkan. Gunung Everest mencatatkan kematian pendaki yang begitu ramai. Ada sekitar 200 mayat yang terdampar dan terbiar di sepanjang pendakian di pergunungan yg tertinggi di dunia ini.





Ini bukan perompak beriman... Ini Perompak Haram Jadah namanya

BEDONG - Tiga perompak mengambil tindakan berani apabila mengarahkan mangsa bersumpah telah menyerahkan semua barang beharga kepada mereka setelah selesai merompak.

Mangsa, Sofiah Omar, 58 berkata, dia telah disuruh oleh perompak yang menyerahkan al-Quran kepadanya untuk bersumpah telah menyerahkan semua barang beharga kepada mereka sebelum beredar.

Malah tiga perompak terbabit telah mengambil sarung kaki miliknya dan dipakai ditangan mereka sebelum bersalaman dengannya dan tiga ahli keluarga lain untuk mohon ampun dan maaf kerana merompak mereka.

Sofiah dan keluarga kerugian seutas rantai, tujuh gelang emas dan wang tunai RM7,000 setelah dirompak.

Kejadian berlaku sekitar jam 1 pagi, 5 Oktober lalu.

Laut bergelora menjadi tenang menerima Abu Al-Quran

Sememangnya mukjizat Allah atas Rasulnya saw masih kekal hingga ke hari ini hatta hingga kiamat ialah Al-Quran. Gementarnya hati orang yg soleh apabila membaca Al-Quran. Tenangnya hati yang kusut apabila mendengar bacaan Al-Quran. Begitulah situasi yang berlaku ketika pembuangan Abu Al-Quran di Pulau Sembilan yang dilakukan oleh Mufti Perak, secara tiba-tiba lautan bergelora menjadi tenang dan damai.

Kejadian itu disaksikan lebih 30 ahli rombongan Abu al-Quran yang dibakar itu dikumpul Syarikat Percetakan Saufi di Batu 10, Jalan Cheras, Kajang, Selangor, sebelum dihantar ke dermaga Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut pada jam 9.30 pagi semalam menggunakan van milik syarikat berkenaan.

Sebanyak 170 plastik hitam mengandungi abu itu dipindahkan ke kapal KM Marlin milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sebelum dibawa ke tengah laut kira-kira 8.2 batu nautika dari pangkalan TLDM.

Al-Quran itu adalah "kalamullah". Justeru itu Allah sendiri yang menjaganya.

إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ
Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Az-Zikra (Al-Qur'an), dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya. -Al-Hijr:9

Itulah diantara tanda-tanda kebesaran Allah dan membuktikan Al-Quran itu adalah mukjizat yang besar.

Abu Al-Quran menjadikan laut bergelora tiba-tiba menjadi tenang, bagaimana jika Al-Quran itu sendiri agaknya?

Tetapi manusia leka dan lalai, meninggalkan Al-Quran dan ajaran yang terkandung di dalamnya.

Lebih dasyat, ada pula yang hendak menipu Allah, RasulNya dan orang beriman, cuba menjadi wira ajaran Al-Quran sedangkan mereka sebenarnya penentang utama ajaran dan hukum Allah dan RasulNya.

Cerai berai macam lampin pakai buang

KUALA LUMPUR – Masalah keruntuhan institusi keluarga Islam di negara ini semakin menjadi-jadi apabila rekod Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati, sebanyak 28,035 pasangan bercerai sepanjang tahun lalu.

Statistik itu bermakna, secara purata 77 kes perceraian sehari atau tiga kes bagi setiap jam didaftarkan di Malaysia berbanding 135,548 pasangan yang berkahwin tahun lalu.

Angka itu mencatatkan peningkatan 144 kes berbanding 27,891 pasangan yang bercerai sepanjang tahun 2009.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim ketika dihubungi semalam mengakui, sekali pandang jumlah kes perceraian pasangan Islam cukup tinggi dan membimbangkan.

Katanya, kebanyakan daripada perceraian itu berlaku selepas pasangan terbabit gagal mencapai persefahaman yang sepatutnya wujud di antara suami isteri.

Beliau bagaimanapun berpendapat, walaupun kes perceraian ditegah dalam Islam, ada pihak mungkin melihatnya dari perspektif yang berbeza.

“Sekali pandang bilangan kes perceraian memang tinggi tetapi kita juga perlu melihatnya daripada sudut lebih positif.

Biar pape asal bergaye

Dulu ada jugak rasa cemburu nengok member-member beli barang pakai kad kredit. mudah dan senang dan ada gaye.."This is my card" Rupanya sedar tak sedar ia menjerat diri. Hutang keliling pinggang. Hidup tak tenang, siang malam teringat hutang yang tak langsai-langsai.Paparan kisah dibawah ini rasa dapat menginsafklan diri agar jangan mudah terikut dengan gaya moden...tak mampu buat cara tak mampu.Aku baca berita ramai pengguna kad kredit diistiharkan muflis...memang menggerunkan.
saya mengaku memang salah saya tapi tidak dapat berbuat apa-apa kerana tiada wang,” kata Rosnah Mohd Sailan, 43, selepas suaminya, Suradi Daruis, 43, dipenjara kerana gagal membayar RM100 sebulan seperti diperintahkan mahkamah bagi membebaskan diri daripada status muflis. Menurutnya, hukuman penjara itu susulan kegagalan membayar ansuran bulanan sebuah Proton Saga dibeli pada 1994 yang kemudiannya dijual kepada pihak ketiga.

“Setiap malam saya hanya berfikir bagaimana mahu meneruskan kehidupan. Suami dipenjara ketika anak dalam persediaan menduduki peperiksaan malah saya juga berkemungkinan dipenjara,” katanya pada sidang media bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini, semalam. Hadir sama, Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr Maamor Osman dan Pengerusi Majlis Penasihatnya, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak.

Rosnah berkata, pihak ketiga yang membeli kereta itu juga gagal membayar ansuran mengakibatkan bank melelong kenderaan itu. “Suami diisytiharkan muflis serta diperintahkan membayar RM30,000 manakala saya sebagai penjamin diperintahkan membayar RM34,000.

“Mahkamah memerintahkan kami membayar RM100 sebulan, tetapi bermula Oktober 2004 hingga Jun 2010, kami gagal berbuat demikian sehingga hutang itu tertunggak sebanyak RM3,450,” katanya. Menurutnya, disebabkan tiada kerja tetap, dia dan suami gagal mematuhi perintah itu serta dianggap menghina mahkamah.

“Suami dipenjarakan sejak 27 September lalu dan sejak itu kehidupan saya bertambah sukar kerana perlu mencari duit menampung kehidupan tiga anak yang masih bersekolah,” katanya. Sementara itu, Dr Maamor berkata, PPIM memandang serius perkara itu dan akan mengemukakan rayuan kepada Perdana Menteri untuk campur tangan selain mencari saluran perundangan membantu Rosnah dan keluarganya.

Kantoinya seorang Paderi...


Kisah yg dipaparkan ini adalah satu kisah benar. Seorang pemuda arab dengan seorang pemuda kristian.kejadian berlaku di Amerika dan pemuda arab ini masih belajar di Universiti di sana.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melalui sebuah gereja. Pemuda kristian telah mengajak pemuda arab masuk ke dalam gereja walaupun agak keberatan tetapi ia masuk jugak dan duduk disalah sebuah kerusi di dalamnya.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, 'Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini.' Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, 'Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya.' Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada paderi, 'Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?'Paderi itu menjawab, 'Dari tanda yang terdapat di wajahmu.'

Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, 'Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat. ' Si pemuda tersenyum dan berkata, 'Silakan!'

Sang paderi pun mulai bertanya, 'Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada lapannya, lapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya.'

'Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!'

'Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?'

'Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?' Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.

Setelah membaca 'Bismillah...' Pemuda arab itu berkata,

- Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

- Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, 'Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).'
(Al-Isra': 12).

- Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

- Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.

- Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

- Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.

- Tujuh yang tiada lapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, 'Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang.'
(Al-Mulk: 3).

- Lapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, 'Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka.'
(Al-Haqah: 17).

- Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.*

- Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman, 'Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat.'
(Al-An'am: 160).

- Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf

- Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, 'Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air.'
(Al-Baqarah: 60).

- Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

- Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. berfirman, 'Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing.'
(At-Takwir: 18).

- Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

- Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, 'Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala.' Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, 'Tak ada cercaan
terhadap kamu semua.' Dan ayah mereka Ya'qub berkata, 'Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.' (Yusuf:98)

- Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, 'Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai.'
(Luqman: 19).

- Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

- Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim.. Allah s.w.t. berfirman, 'Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim..'
(Al-Anbiya':69).

- Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

- Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. 'Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.' (Yusuf: 28).

- Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, 'Apakah kunci syurga itu?'

Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, 'Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!'

Paderi tersebut berkata, 'Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah.'

Mereka menjawab, 'Kami akan jamin keselamatan anda. '

Paderi pun berkata, 'Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah , Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. '

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.