Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Jumaat, 30 September 2011

Beza ikan keli halal dan ikan keli haram

Bagi penggemar ikan keli perlulah berhatihati apabila membeli ikan keli di pasar. Ada yang halal dan ada pula yang diragui kehalalannya. Bagi yang makan di kedai atau di restoren mungkin tak kisah kerana kita tak tengok sendiri. Saya petik satu kisah yang di kirim kepada saya bagaimana nak membezakan keli halal dan keli haram. Terpulang pada diri masing-masing nak terima atau tidak. Bagi aku memang aku tak makan apa jenis ikan darat dan sungai air tawar sejak dari dulu lagi sebab kalau makan tekak jadi cepat loya.

Pada tahun 1986 sewaktu Tok Wan sedang gila memelihara ikan air tawar ada ler satu kolam tu Tok piara ikan keli. Oleh kerana ikan keli menggunakan bahagian dasar kolam maka kolam tersebut Tok kongsikan dengan ikan Rohu serta Tilaphia sebab Tilaphia duduk dibahagian atas sementara Rohu bahagian tengah.

Seorang rakan memberitahu pada Tok bahawa ikan keli ada 2 jenis bagi menandakan yang halal dan yang haram. Pada mulanya Tok sendiri tak percaya. Mana boleh ada keli halal atau haram (masa tu belum ada Logo Halal JAKIM lagi). Namun selepas Tok sendiri selidik ikan keli yang dipelihara oleh rakan berbangsa Tionghua dikolam dekat Batu Kong (sekarang flat ATM Desa Tun Razak) nyata cerita itu benar.

Perbezaan ikan keli memakan bahan haram dan halal

Haram (Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam)
· Kepala berbentuk 'V'
· Bentuk badan mirip torpedo
· Badan berwarna hitam berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih melepak
· Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning
· Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak

Halal (diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin)
· Kepala berbentuk 'U'
· Bentuk badan tirus
· Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu
· Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan
· Digoreng tidak meletup

Rabu, 28 September 2011

Sudah sampai masanya Hudud dilaksanakan...

Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai.

Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai. Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu.


Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa. Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita ..

Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka.

Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka, Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua. Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam. Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma! Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam! Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan!

Ini semua berlaku di Malaysia ! Jadikan amalan :
1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar.
2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta.
3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam!!!.

Sempurnalah sudah tanda-tanda kecil kiamat

Harus diingat, kita sudah pun ‘embrace’ kepada tanda-tanda kiamat besar secara tidak rasmi iaitu keluarnya Dajjal dan Yakjuj & Ma’juj. Dajjal telah pun keluar dan kini berada dalam peringkat ‘sehari sama seperti sebulan’ iaitu diluar dimensi masa manusia. Manakala Yakjuj & Ma’juj telah pun dibebaskan setelah Tembok Zulkarnain (dengan izin Allah) telah runtuh di Georgia. Golongan mereka pada hari ini telah menjadi Ashkenazi Jews & Zionist! Golongan mereka yang terakhir akan keluar ialah selepas Dajjal dibunuh oleh Isa a.s. Hanya 8 tanda-tanda besar kiamat yang masih tinggal. Allahu A’lam.

Disaat kita berada dalam lena yang panjang, ketika itulah kiamat akan datang, dan kalian kelihatan seperti keldai yang terpinga-pinga. Maka, ambillah peringatan, kerana peringatan itu amat berguna kepada mereka-mereka yang berfikir.

1) Penaklukan Baitulmuqaddis
Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “saya menghitung 6 perkara menjelang – hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari

2) Zina bermaharajalela
“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim

3) Bermaharajalela alat muzik
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.
” Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah

4) Menghias masjid & membanggakannya
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat -Nasai.

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim.

6) Ramai orang soleh meninggal dunia

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat

“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”
- Riwayat Thabrani

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja

“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang

Diriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a. “Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.

10) Bulan sabit kelihatan besar

“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
- Riwayat Thabrani

11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita

“Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu” – Sahih Muslim

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar

“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai” – Sahih Muslim

14) Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda

“Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’ yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga.” – Sahih Abu Daud & Nasai

15) Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam

“Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya).” – Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.

Kini, Kita hanya menuggu saat tibanya..

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.
(H.R Muslimi)

Setahun Masa hidup ku berlalu terimakasih buat teman-temanku

Sedar tak sedar umur sudah meningkat setahun lagi. Di tempat kerja aku di sapa oleh seorang pembantu am 'selamat hari lahir ustaz' Memang aku terkejut kerana sememangnya aku terlupa hari ini hari lahir aku, mungkin kerana terlalu sebok sangat kut.

Ketika aku tengok facebook banyak juga teman-teman facebookku memberi ucapan ini terimakasih banyak bukan apa sekadar mengingatkan aku bahawa diri ini sudah semakin tua. Banyak orang tak suka dipanggil orang tua kalau boleh panggil orang lama. Tapi bagi aku tak kesah kalau dipanggil orang tua kerana ianya banyak menginsafkan akau bahawa perjalanan hidup ini sudah semakin hampir menemui yang Maha Pencipta.

Aku bersyukur kerana aku memiliki teman-teman yang baik dan saling memperingati. Hidup ini ada kalanya kita berada di bawah dan ada kalanya kita berada nun di atas. Ketika kita berada di atas kita melihat orang di bawah kecil macam semut. Tetapi...kita juga perlu ingat orang di bawah juga melihat kita kecil spt semut. Bayangkan kalau orang bawah terjatuh...mungkin sekadar terjelepuk terseliuh urat kaki tetapi kalau orang yang di atas jatuh ke bawah dah tentu patah riuk dibuatnya. tekad dan azamku biarlah kata pepatah tua-tua padi makin tua makin berisi jangan jadi tua-tua keladi maikin tua makin menjadi atau tua-tua-tua lengkuas makin tua makin bernafsu buas...
Nau'zubillah min zaalik

Ingatan kepada Penuntut Ilmu...Jangan jadi seperti ini



Fadhil bin ‘Iyadh adalah salah seorang guru agama (syeikh), ia mempunyai seorang murid kesayangan, ia tergolong murid yang paling alim di antara murid-murid yang lain. Saat menjelang kematiannya sang guru datang kepadanya dan duduk di dekat kepalanya. Ketika sang guru hendak membacakan surat Yasin, sang murid berkata: Wahai guruku, jangan bacakan surat ini. Sang guru terdiam, lalu membimbingnya agar membaca: Lailaha illallah. Sang murid juga menolaknya dan berkata: aku tidak mau membacanya, karena aku tidak menyukainya. Akhirnya sang murid menghembuskan nafasnya yang terakhir dalam keadaan seperti itu. Sang guru benar-benar merasa heran menyaksikan keadaan murid kesayangannya.

Kemudian sang guru pulang dan masuk ke kamarnya, ia berdiam diri di kamarnya, lalu ia bermimpi muridnya dicampakkan ke neraka Jahannam.
Dalam mimpinya ia bertanya kepada murid kesayangannya: Mengapa Allah mencabut makrifat darimu, padahal kamu termasuk muridku yang paling alim?
Ia menjawab: Allah mencabut makrifatku karena tiga hal:

Pertama: karena namimah (mengadu-domba), aku berkata kepada sahabat-sahabatku berbeda dengan apa yang aku katakan padamu.

Kedua: karena hasud, aku dengki kepada sahabat-sahabatku.

Ketiga: Aku pernah berkonsutasi pada seorang dokter tentang penyakitku, aku bertanya kepadanya tentang penyakitku. Dokter itu berkata: penyakitmu tak akan terobati kecuali kamu harus minum khomer. Demi kesembuhan penyakitku, aku ikuti nasehat dokter, dan aku minum khomer.

Tiga hal itulah yang menyebabkan aku suul khatimah, mengakhiri hidup dengan keburukan. (kitab Safinah al-Bihar 2: 727)

KOPI” SEGERA 3 IN 1 Merosakkan jantung dan buah pinggang


"Zaman sekarang ni, banyak penyakit datang dari pemakanan. Berikut adalah antara tanda-tanda yang dapat dikenalpasti:

Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca tiba-tiba
jantung / dada berdebar dengan laju.

1. Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh
2. Beliau juga kerap merasakan kesakitan pada dadanya.
3. Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun
mencungap.
4. Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau
kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa.
5. Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak jarang
namun kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga satu
kali serangan dalam setiap 2/3 hari.
6. Tapak tangannya.semakin basah.

Berdasarkan simptom kerap meminum Sarangkopi 3 in one. .....cafe adalah tidak baik dan merosak buah pinggang manakala krimer yang terdapat di dalam campuran ini sangat merosak jantung. Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari kelapa sawit (non dairy creamer)'

Selanjutnya untuk
merawat jantungnya:


1. Elakkan dari meminum .......cafe yang merosak buah pinggang dan elakkan
sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy creamer)
2. Elakkan dari mengambil kopi mate kerana ia adalah non dairy creamer
3. Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimmer yang tinggi
4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu.
5. Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine
6. Elakkan memakan burger, naget, kentang goreng, potato chip dan segala
yang sewaktu dengannya
7. Elakkan mandi selepas makan
8. Amalkan amalan: Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira 10 minit,selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari.
9. Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah siap diproses atas nama habbatussauda
10. Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya.
11.. Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.

Kepada yang mulai menghadapi masalah deng
an jantungnya atau yang sudah lama bermasalah jantung, bolehlah mengamalkan amalan di atas.

Masyaallah bayi ada dua wajah....

Rawalpindi: Seorang bayi dengan dua muka dilahirkan di Holy Family Hospital (HFH) Khamis lalu.

Gambar: BAYI ini yang dilahirkan Khamis lalu mempunyai dua hidung, dua pasang mata, dua pasang bibir.

Bayi itu yang seberat 3.2 kilogram, menghidap keadaan yang jarang berlaku yang dikenali sebagai salinan kraniofacial iaitu satu kepala dengan dua muka.

Kecuali telinga, bayi itu memiliki dua hidung, dua pasang bibir dengan sumbing pada bahagian atas bibir kanan dan dua pasang mata.

Bercakap kepada akhbar The nation, pakar perubatan di HFH, Dr Nasira berkata, kemungkinan bayi itu untuk hidup lebih lama adalah terlalu tipis.

“Kami tidak menaruh harapan mengenai hayatnya,” katanya.

Menurut Nasira, keadaan bayi itu tidak sama seperti kembar siam yang boleh dipisahkan menerusi pembedahan.

“Pembedahan tidak mungkin dapat dilakukan kerana kedua-dua mukanya bercantum begitu rapat,” kata pakar itu.

Nasira berkata, bayi itu dilahirkan menerusi proses biasa dan si ibu masih berada di bilik bersalin untuk menjalani rawatan.

Menurut doktor bertugas di Bilik Bersalin, keadaan ibu bayi itu, Shahida Perven stabil. Dia bagaimanapun kelihatan bimbang dan tidak banyak bercakap.

Shahida dibawa ke HFH dari Palandri, sebuah daerah di Azad Jammu dan Kashmir (AJK) beberapa hari sebelum melahirkan bayi dua muka itu.

Wanita itu mempunyai dua anak yang normal sebelum ini.

Suaminya, Khalil Ahmed bekerja sebagai buruh.

Kelahiran bayi dengan dua muka itu mencetuskan sensasi di bandar berkenaan menyebabkan sejumlah besar penduduk, termasuk wanita, kanak-kanak dan orang tua bekerumun di Jabatan Kanak-Kanak untuk melihatnya.

Kesesakan yang berlaku menyebabkan pihak hospital terpaksa meminta bantuan polis bagi mengawal orang ramai. - Agensi

Selasa, 27 September 2011

40 kali ditembak tak mati-mati...Inilah kuasa Allah


BIRZEBBUGA - Ini mungkin kes paling terok yang dialami oleh binatang. Seekor anjing ditembak 40 kali di kepalanya, diikat, dan kemudian ditanam hidup-hidup dengan hanya hidungnya di permukaan pasir,Subhanallah...dengan kekuasaan Allah,anjing itu tetap hidup.

Anjing (crossbreed mongrel) yang diberi nama 'Bintang' oleh penyelamatnya itu ditemui dekat Kota Birzebbuga, Malta.

Anjing tersebut ditemukan oleh petugas yang sedang melakukan penyelidikan, petugas itu mendengar suara rintihan anjing dari bawah papan kayu yang tertindih sebongkah kayu pohon besar. Saat menyiasat arah suara rintihan tersebut, petugas itu sangat terkejut dengan menemui seekor anjing yang nazak. Ketika menggali pasir untuk mengangkat anjing malang tersebut didapati keempat kaki 'Bintang' diikat sehingga tidak mampu bergerak sama sekali.

Ketika diperiksa didapati 'Bintang' telah ditembak sebanyak 40 kali. Ajaibnya, kumpulan doktor berhasil mengambil 40 peluru yang bersarang di kepala 'Bintang' melalui sebuah operasi dihospital Ta' Qali.

'Bintang' Berjaya diselamatkan. Insiden penganiayaan binatang ini membangkitkan kemarahan masyarakat. Mereka menuntut agar hukuman terhadap pelaku penganiayaan binatang perlu dihukum berat menjadi satu tahun penjara dan denda 46.500 euro. Kumpulan pecinta binatang menggerakkan protes atas tindakan 'menjijikan' terhadap 'Bintang'. Satu laman facebook diwujudkan di mana jumlahnya sudah mencapai 7.000 pengikut. Sebanyak 1.000 tandatangan menandatangani petisyen dunia maya untuk membantu menangkap pelaku penyiksaan 'Bintang'. Mereka juga sepakat menyumbang untuk melunasi biaya operasi dan penjagaan 'Bintang'. Tawaran juga dikeluarkan bagi siapa yang berjaya menangkap penembak bintang.

Renungan:


Sememangnya anjing itu menjadi bintang kini. Betapa manusia mempunyai naluri sensitif terhadap kezaliman, penyiksaan dan penindasan meskipun ianya terhadap seekor binatang.

Amat malang jika manusia yang melakukan kezaliman diatas bumi Allah ini disokong dan dibiarkan dalam melakukan kebinasaan. Munasabahlah didalam Islam, orang yang menyokong dan membiarkan kezaliman dimuka bumi ini disambar api neraka.Ingatlah Allah membenci orang-orang yang melakukan kerosakan dan kezaliman.

Isnin, 26 September 2011

Penyakit kronik amalkan petua Rasulullah saw

Anda mengidap barah,atau penyakit kronik yang lain. Apa perlu dibuat. Adakah hanya pasrah tanpa berbuat apa-apa. Sesungguhnya Rasulullah ada mengajar kita satu petua dan amalan yang rasanya itulah yang terbaik untuk menenangkan hati dan mungkin juga dengan izin Allah penyakit kita boleh sembuh.

Sekiranya anda atau sahabat anda mempunyai kenalan yang menghidap penyakit kronik (kanser, kencing manis, sakit jantung, darah tinggi dll) pujuklah dia/mereka untuk mengamalkan solat pada waktu malam (walaupun sekadar 1 rakat witir) kerana dari Salman al-Farisi katanya, telah bersabda Rasulullah saaw;

Dituntut ke atasmu melakukan solat malam kerana sesungguhnya solat malam itu merupakan antara kebiasaan orang soleh sebelum kamu, sebagai jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, penutup segala kejahatan, penghapus segala dosa dan pembasmi segala penyakit dalam badan."

Ikan Daun Baru teruja aku...

Hati berbelah bagi, nak pergi ke tak pergi. Ahli jamaah Masjid expo kaki pancing ajak pergi ke Pulau Jarak berhampiran laut antarabangsa Selat Melaka. 2 malam 3 hari lama tu. Depa sungguh-sungguh ajak aku pergi "kalau ustaz tak pergi tak seronok lah..."pujuk Pak Din pemancing tegar Expo.
Kawan punya pasal aku pergi juga walaupun hati tak seratus peratus. Bimbang jugak dalam keadaan cuaca tak begitu baik. Sangkkan ku betul tekong bot tak sanggup pergi dan tekong bot mengubah haluan untuk memancing di Pulau Sembilan.
Solat Jumaat di Masjid lumut dan bertolak sekitar jam 3.30 petang. Cuaca nampak ok. Umpan bilis dah diperolehi, berbunga juga hati kut-kut dapat tarik ikan besar...he..he..he angan-angan mesti lebih.
Takdir waktu malam cuaca mula berubah, laut sedikit bergelora.ikan kurang meragut umpan,rasa cuak juga...setengah jam sekali ikan makan itupun yg meragut tak sampai sekilo besarnya,aku ambil keputusan tidur awal. Tak semena-mena hujan turun lebat dan aku dengar bunyi angin kencang seperti tiupan seruling. kami berhimpit dalam rumah bot macam ikan sardin. Teringat bagaimana kehidupan nelayan di lautan untuk mencari sesuap nasi terpaksa menyabung nyawa. Nasib baik tekong bot pandai mencari tempat berlindung di sebalik pulau jadi terselamatlah kami dari dilambung ombak besar. Syuku kerana seorangpun dari kami tidak mabuk laut.
Aku teringat kisah nabi Yunus ketika kapalnya dilambung ombak. Akhirnya undian terpaksa dilakukan. Takdir menentukan Nabi Yunuis terpaksa terjun ke laut dan ditelan oleh ikan paus. Begitu besar ujian Allah pada hambanya seorang rasul. Dalam hati kecilku terfikir lautan yang bergelora ini seperti geloranya hati manusia yang memburu kehidupan dunia. Mereka sentiasa tak rasa puas seperti mengejar bayang-bayang sendiri. Begitu juga bergeloranya kepincangan hidup manusia akhir zaman ini kerana mereka menolak Islam, menolak hukum Allah swt.

Sesungguhnya 2 malam kami dipukul ribut rasanya menginsafkan kami bagaimana lautan yg luas terbentang itu adakalanya mendamaikan dan adakalanya menakutkan. Alhamdulillah dalam keadaan tidak selesa kewajipan solat tetap dijaga meskipun ada sahabat ygh terlewat sedikit bangun subuh mungkin keletihan sangat kut.
Kami pulang jam 9 pagi dengan hasil tangkapan 3 tong penuh. Dan yang paling teruja aku dapat menarik seekur ikan daun baru yang agak besar dengan hanya menggunakan mesin murah.

Jumaat, 23 September 2011

Ni... satu lagi bala, di Makkah pun dah ada sarang pelacuran

Apa sudah jadi, memang dunia sudah ‘tua’. Kota Mekah antara tanah haram yang menjadi tempat tumpuan umat Islam seluruh dunia untuk menunaikan umrah dan haji saban tahun. Kota suci umat Islam itu sentiasa dipenuhi oleh manusia yang menyahut seruan Maha Penciptanya, Allah Rabbu Al-Jalil.

Namun, ada manusia kotor yang sanggup mengotori kota suci umat Islam itu dengan kegiatan tidak bermoral demi sedikit keuntungan dunia yang sementara.

Kelmarin, dilaporkan sebuah media Arab, satu kegiatan pelacuran yang cuba ditawarkan 11 warga asing di Distrik, Al-Khansa, Mekah ketika tiba musim haji dan umrah.

Suruhanjaya Siasatan dan Pendakwaan (PIC) Arab Saudi menyoal siasat 11 warga asing berkenaan kerana disyaki menjalani perniagaan pelacuran di sebuah rumah untuk jemaah haji dan umrah di daerah Al-Khansa.

“Mereka diserbu pihak berkuasa selepas diintip polis selama beberapa kali,” kata seorang jurucakap polis.

Mereka yang ditahan terdiri 6 lelaki warga Bangladesh dan lima wanita warga Indonesia.

Menurut polis, pengawal keselamatan bangunan itu turut menjadi kaki geng itu dengan mengenakan bayaran sebanyak SR200 (RM166.70) kepada pelanggan.

Menurut Jurucakap polis, Letnan Kolonel Zaki Al-Rihaili berkata, mereka yang ditahan itu akan dihantar ke Balai Polis Al-Maabdah sebelum mereka diserahkan ke PIC untuk disoal siasat dengan lebih lanjut dan didakwa di muka pengadilan.

Dipetik dari Arab News, satu laporan pada 15 Januari 2008 menyebut, ramai wanita Ghana terlibat dengan kegiatan pelacuran di Arab Saudi tanpa mempeduli hukuman berat yang dilaksanakan di negara berkenaan.

Mereka datang ke Mekah bukan mahu menjalankan ibadah, namun mahu menjadi pelacur.

Mungkin Allah masih sayang pada hambanya ini...



Agama & Cara HidupPelakon filem Aku Masih Dara, Diana Amir melakukan tindakan mengejut dengan memakai tudung dan menutup aurat selepas beberapa kali mengalami mimpi hari kiamat.

Kata Diana, dia bertekad dengan keputusan tersebut biarpun mengakui dirinya masih terlalu cetek dengan ilmu agama.

"Saya ambil keputusan ini kerana saya sudah beberapa kali sejak tiga bulan yang lalu diberi petanda dan mimpi buruk tentang hari kiamat.

"Dan mimpi-mimpi tersebut juga mengingatkan saya tentang kematian yang semakin hampir dan perkara itu sering membelenggu hidup saya beberapa bulan kebelakangan ini," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.

Tambahnya, dia menceritakan perkara tersebut kepada seorang rakan baik sehingga menyebabkan temannya itu turut mengambil keputusan yang sama untuk berhijrah dan mendalami ilmu agama.

[Gambar] Diana Amir, sebelum bertudung

"Saya tak tahu kenapa perkara itu berlaku kepada saya, mungkin Allah ingin memberi petunjuk dan saya menceritakan semuanya kepada seorang rakan.

"Namun selepas itu rakan saya yang berhijrah lebih awal daripada saya," katanya yang mula mengenakan tudung pada Isnin lalu.

Jelas Diana lagi, selepas berniat untuk berhijrah, dia beberapa kali bertemu dengan pelakon Irma Hasmie untuk mendapatkan pandangan dan sokongan.

"Saya tahu saya masih lemah terutamanya mengenai hal-hal agama, disebabkan itu saya ambil peluang untuk bertemu dengan Irma Hasmie untuk mendapatkan nasihat dia.

"Irma juga membawa saya berjumpa dengan Wardina Saffiyah untuk mendapatkan tunjuk ajar dan sokongan mereka," tuturnya.

Katanya, biarpun masih terlalu cetek mengenai pegangan agama, dia berharap selepas menutup aurat dia dapat belajar lebih mendalam tentang agama Islam.

Ditanya tentang lakonan, Diana berkata dia masih akan terus berlakon jika mendapat watak yang sesuai dengan imejnya sekarang.

"Ketika buat keputusan tersebut saya terus berjumpa David Teo untuk meminta pendapat dia tentang lakonan dan kerjaya saya selepas ini,

"Biarpun dia tidak menjanjikan apa-apa, namun saya yakin rezeki adalah ketentuan Allah," katanya lagi.


Aktress Indonesia, Marshanda memutuskan untuk mengenakan jilbab setelah mendapat mimpi buruk tentang Kiamat selama beberapa hari.

Bintang sinetron Benci Bilang Cinta itu mengaku sedikit kekok saat pertama kali mengenakan jilbab kerana wanita yang mesra disapa Chacha itu tidak pernah berpakaian seperti itu.

"Saya bermimpikan Kiamat selamalima hari berturut-turut seperti dalam filem Armageddon dan berasa sangat takut.

"Pada waktu itu saya belum konsisten untuk mengenakan jilbab sehingga pada 12 Jun lalu, saya telah sedar dan bersyukur kerana dibukakan pintu hati untuk berjilbab," ujarnya menurut detikhot pada Jumaat.

Kini, kekasih Ben Kasyafani itu menolak tawaran untuk berlakon sinetron yang memintanya membuka tudung.

"Insya-Allah saya akan sentiasa memakai jilbab dalam setiap sinetron yang dilakonkan," ujarnya.

Khamis, 22 September 2011

Hantu Bonceng Bikin Heboh satu Malaya

Aku tak pernah tengok pun filem "Hantu Bonceng" Zizan Raja Lawak sudah bikin heboh satu Malaya isu hina Rasulullah dalam kalimah syahadah. Depa tanya aku dalam kuliah...aku kata tunggu dulu bagi aku tengok dulu filem tu...baru senang nak jawab.

Tengah dok cari dalam internet aku terjumpa artikel jawapan dari Ustaz Azhar Idrus yang boleh kita kongsikan bersama.


Menurut Ust Azhar Idrus, sebaik saja isu Zizan Raja Lawak mengucapkan 'Asyhaduanna Muhamadarr..Syaitan' di dalam satu babak filem Hantu Bonceng menjadi kecoh. Beliau menerima panggilan daripada Zizan yang menggunakan 'private number' untuk merujuk permasalahan ini.

"Saya ni baru kena marah dengan orang kerana filem Hantu Bonceng. Saya kata 'Asyhaduanna Muhammadarr' lepas tu nampak syaitan datang..saya kata SYAITAN" kata Zizan.

Jawab Ust Azhar Idrus. Dia boleh jadi dua hujah. Boleh jadi ada niat untuk mempersendakan Islam dan boleh jadi tidak berniat untuk mempersendakan Islam. Dalam kes ini dia mengucap ketika di dalam ketakutan, dalam cerita kelakar maka dia buat dialog mengucap "Asyhadu an la ilaha ill-Allah, wa asyhadu ana Muhammadarr.....Syaitan! Syaitan!."

Jadi boleh dikatakan bahawa penulis skrip ini untuk menghina nabi, dan boleh juga dikatakan penulis skrip berniat untuk menggambarkan seseorang yang di dalam ketakutan tidak sempat menghabiskan lafaz syahadahnya kerana ternampak syaitan. Ia boleh jadi ada niat untuk mempersenda.


Tetapi kesilapan ini tidak terletak kepada pelakon. Pelakon jahil dan tidak tahu apa-apa. Pelakon bukannya (perlu) belajar pondok untuk berlakon filem. Tetapi Penerbit, Penulis skrip dan Pengarah sepatutnya kena rujuk dahulu perkara ini kepada Pejabat Agama atau Jabatan Kuasa Fatwa. Skrip ini boleh jadi untuk mempersendakan Islam dan boleh juga bukan berniat untuk mempersendakan Islam.

"Walaupun ia bukan untuk mempersendakan Islam, ia tetap juga HARAM sebab mendatangkan FITNAH" tambah Ustaz Azhar Idrus lagi. Fitnah ini yang perlu di jaga dan kita perlu berhati-hati. Zizan sendiri telah mengakui bahawa beliau tidak pernah terniat untuk mempersendakan Islam.

"Jadi kita ambil secara baik, dia (Zizan) tidak berniat mempersenda Islam, tetapi kerana kejahilan punya fasal ia memberi fitnah." rumus Ust Azhar Idrus.

Rabu, 21 September 2011

Selama 16 Tahun Hidup di Dalam bakul


Seorang wanita dari Changzhi bahagian utara provinsi Shanxi, China, selama 16 tahun hidup di dalam sebuah bakul.

Mo Hongping tinggal di sebuah bakul berukuran panjang 1,2 meter dan lebar 0,5 meter sejak usianya 11 tahun.

Menurut ibunya Wang Xiuhua, ketika Mo berusia 20 hari dia mengalami demam yang sangat parah.

Namun, mereka tidak mampu pergi ke hospital, karena ketika itu musim sejuk dan salji sedang turun sehingga menutupi jalan. Setelah di bawa jke hospital yang berdekatan , Mo di kenal pasti mengidap meningitis.

Meski Mo akhirnya selamat, sejak saat itu dia selalu mengalami kejang-kejang dan mengalami masalah pertumbuhan tubuh.

Wang meletakkan Mo ke dalam sebuah bakul dan dia sangat terkejut ketika melihat puterinya san gat senang dan selesa.

“Sejak saat itu kami mengetahui bahwa bakul keranjang tersebut dapat membantunya mengurangi rasa sakit di tubuhnya. Hingga akhirnya dia kini tinggal di dalam keranjang tersebut yang kini sudah dilengkapi dengan roda,” jelas Wang.

Memang dah akhir zaman...Manusia lebih kejam dari binatang buas

Johnathan James, anak lelaki berusia 10 tahun dari Dallas, menghembuskan nafas terakhir setelah lima hari tidak minum. Dia dilarang minum oleh ayah dan ibu tirinya sebagai hukuman kerana masih kencing dalam seluar.


Seperti dilaporkan pejabat berita Associated Press, Johnathan meninggal dalam keadaan dehidrasi akut dan suhu tubuh panas tinggi, pada 25 Julai lalu.

Saudara kembarnya, Joseph James, mengatakan bahawa Johnathan dikurung di dalam sebuah bilik tanpa penghawa dingin. Tanpa boleh minum, Johnathan dipaksa terus berdiri di dekat jendela. Pada hari kelima, Johnathan akhirnya pengsan dan kepalanya terhantuk lantai.

Dalam keadaan kritikal, Joseph melihat sisa air liur masih menempel di tenggorokan saudara kembarnya. Namun, orangtuanya tetap tak memberi minum. "Mereka masih tidak rela membiarkan Johnathan mendapat air," kata Joseph kepada News Dallas Morning.

Melihat saudara kembarnya menderita, Joseph sangat ingin membantu. Tapi, ia takut menghadapai hukuman serupa dari orangtuanya. "Aku ingin melakukan sesuatu, tapi aku tidak boleh Aku tidak boleh berbuat apa-apa kerana aku akan mendapat masalah," ujarnya.

Sang nenek, Sue Shotwell, sangat berduka atas musibah itu. Ia mengenal cucunya sebagai peribadi yang baik dan penyayang. "Anak ini, jika Anda tahu Jonathan, dia bolehmemaafkan Anda untuk apapun yang Anda lakukan. Anda boleh menghukumnya, dan ia tetap akan mengatakan 'Aku mencintaimu, Mimi'," kata Shotwell.

Dokumen polisi menunjukkan secara detail bagaimana Johnathan berjuang hidup tanpa air hingga akhirnya tak sadarkan diri. Dia sempat dibawa ke rumah sakit, namun terlambat bagi pasukan medik untuk menyelamatkan nyawanya.

Berdasar penyelidikan polis sang ayah, Michael Ray, dan ibu tirinya, Tina Alberson, dituntut bersalah atas tuduhan kekerasan terhadap anak yang mengakibatkan kematian. Pasangan berusia 42 tahun itu menhadapi tuntutan jaksa di pengadilan setempat, Khamis minggu lalu.

Sementara orangtuanya dipenjara, Joseph James, dan kakak tirinya yang berusia 12 tahun terpaksa tinggal bersama kerabat dekat keluarga mereka.

Isnin, 19 September 2011

Kentut termahal di dunia...Rm 350 ribu

Göran Andervass, 44 , seorang juruteknik komputer, dia didatangi seorang pelanggan dipejabatnya dan klien-nya itu kentut diruangannya, kentut yang kuat dan menimbulkan bau yang menjijikkan, demikian menurut akhbar tempatan, Aftonbladet.
Andervass menuduh pelanggannya itu memprovokasi dirinya dengan kentut dihadapannya dan dia marah terhadap pelanggannya itu sehingga menimbulkan pertengkaran dan pergaduhan sehingga menarik perhatian orang seisi pejabat, sampai akhirnya berita itu sampai ke telinga boss si pelanggannya yang juga merupakan dPengarah Bank National Sweden.

Andervass dan klien-nya dipanggil oleh boss ke Bank National dan mencari tahu apa yang sebenarnya terjadi, Andervass memberitahu apa yang terjadi tapi si pelanggan itu tetap membantah keras yang dia telah kentut dan menimbulkan bau yang tidak sedap dan sekali lagi pertengkaran hampir saja kembali .

Akhirnya Andervass dipecat oleh pejabatnya atas pengaduan boss Bank National Sweden dengan alasan “persoalan pribadi”.

Andervass tidak berpuas hati dan tidak terima dan balik menuntut Bank National Sweden ke mahkamah dengan bayaran ganti rugi inmateriil sebanyak U$ 100,000. dan ternyata gugatan Andervass menang di mahkamah sehingga Bank National diwajibkan membayar ganti rugi inmateriil sebanyak yang diminta

Salah bapa ke salah anak...?

GOMBAK: Seorang bapa yang tidak tahan anak gadisnya berusia 20-an yang sering mencuri wangnya lebih 10 kali dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Nakhoda, di sini bertindak membuat laporan polis, semalam.

Bapa malang berusia 80 tahun itu nekad membuat laporan polis selepas anak perempuannya yang juga anak bongsu sering mencuri wangnya.

Menurut sumber polis, sudah lebih 10 kali anak perempuan bekas pesara kerajaan itu mencuri wang milik bapanya itu hingga mangsa hilang sabar dan membuat laporan polis untuk memberi pengajaran.

Katanya, anak gadis mangsa tidak bekerja dan mengambil wang bapanya semata-mata untuk bersuka ria walaupun tahu bapanya hidup dalam kesusahan memandangkan usia lanjut.

“Mangsa cuba menegur sikap anak gadisnya itu, namun tidak diendahkan dan semakin kerap wang dalam simpanannya hilang,” katanya di sini, semalam.

Sumber berkata, sekiranya mangsa menegur sikap buruk anak gadisnya itu, pasti mereka akan bertengkar dan anaknya itu akan merajuk serta keluar rumah.

“Laporan polis itu dibuat kerana mangsa mahu polis mengambil tindakan kepada anaknya itu dengan memberi nasihat supaya dia tidak mencuri dan berubah sikap,” katanya mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Gombak.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan.

Bawang Terberat di Dunia

bawang raksasa

Bawang terberat di dunia dengan berat 8.150 kg..

Peter Glazerbook seorang petani telah menanam bawang ini menyatakan

“Saya tidak tahu berat bawang tetapi setelah ditimbang ia telah memecahkan rekod dunia sebaga bawang yang terberat di dunia "ujarnya


Ditanya bagaimana kiatnya untuk mendapatkan bawang sebesar ini dan seberat ini.a ini, Glazebrook mengaku dirinya selalu bercakap dengan tanamannya ini dan hasilnya ia telah memperolehinya dan berniat untuk menyimpan terus di rumahnya.

“Bawang ini terlalu berharga untuk dimakan,” ucap Glazebrook.

Ahad, 18 September 2011

Ilmu tak menjadi...Padan muka hang

Penduduk mengawasi lelaki disyaki pengamal ilmu hitam yang ditahan di flat Pinggiran Batu Caves, Selayang, Selangor semalam.


KUALA LUMPUR - Seorang pemuda disyaki warga Indonesia diberkas penduduk selepas berkeliaran dalam keadaan berbogel di Flat Pinggiran Batu Caves, Selayang di sini awal pagi semalam.

Sebelum diberkas pada pukul 2.30 pagi, lelaki berumur lingkungan 20-an itu dikatakan berjalan-jalan di aras bawah sebuah bangunan flat lima tingkat di kawasan berkenaan.

Seorang suri rumah, Norlida Hassan, 42, yang tinggal di aras tersebut dikatakan terkejut sebaik sahaja melihat suspek dalam keadaan berbogel ala Orang Minyak itu tiba-tiba bersilat di hadapan rumahnya.

Wanita itu kemudian menjerit meminta tolong malangnya suspek tidak berganjak dari muka pintu.

"Saya sudah tidur tetapi tersedar selepas terdengar bunyi nafas orang yang kuat di luar bilik.

"Apabila saya intai menerusi tingkap, saya terkejut melihat lelaki itu sedang melakukan aksi pelik. Saya menyergahnya tetapi dia tak berganjak.

"Saya buka pintu rumah untuk menghalaunya tetapi dia buka jurus pencak silat menyebabkan saya naik takut," ceritanya.

Oleh kerana takut, dia kemudian mengejutkan suaminya Ahmad Hashim, 42, untuk menghalau lelaki itu.

Difahamkan, suspek bukan merupakan penduduk kawasan berkenaan.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Zakaria, 46, pula berkata, suspek yang panik itu bertindak melarikan diri.

"Dua penduduk termasuk jiran mangsa bertindak mengejar lelaki itu dan dia dapat diberkas kira-kira 20 minit kemudian.

Khamis, 15 September 2011

solat dengan baju bergambar

Memakai pakaian seperti kemeja-T yang mempunyai gambar wajah manusia ketika bersolat dianggap tidak menghormati adab dan kesopanan ketika menghadap Allah, sungguhpun hukumnnya makruh, menurut pendapat beberapa ulama dari Universiti Al-Azhar di Mesir.

Naib Menteri Wakaf Mesir, Dr. Salem Abdul Jalil yang dilaporkan oleh Agensi Berita Qatar (QNA) berkata, walaupun solat itu sah kerana rukunnya telah sempurna, namun memakai kemeja-T seperti itu tetap merupakan sesuatu yang makruh dan sangat dibenci.

"Ia bukan sahaja dianggap tidak menghormati adab dan kesopanan ketika menghadap Allah SWT, malah ia merupakan perkara yang melalaikan seseorang daripada menunaikan solat dengan khusyuk, khususnya apabila solat itu didirikan secara berjemaah.

azan islam call to prayer"Imam Abu Hanifah An-Nu”man (Imam Mazhab Hanifah) memakai sebaik-baik pakaian sebelum menunaikan solat malam, dan ketika ditanya beliau menjawab ”sesungguhnya Allah SWT melihat aku”,” katanya dalamlaporan yang disiarkan dalam akhbar “The Egytian Today”.

Seorang lagi ulama Al-Azhar, Dr Sami Abdel Fattah juga menyifatkan solat dengan berpakaian sedemikian merupakan perkara yang tidak sopan.

Beliau menguatkan lagi kenyataannya dengan melarang orang Islam memakai pakaian yang mempunyai gambar wajah manusia semasa menunaikan solat.

Sementara itu, anggota Akademi Penyelidikan Islam Mesir Dr AbdalMattiy Bayoumi berkata, tujuan mendirikan solat ialah supaya setiap individu bertaqwa.

"Tidak mungkin seseorang itu dapat memperoleh taqwa daripada solat yang didirikan melainkan jika dia menunaikannya dengan tenang dan damai,” katanya.

Selasa, 13 September 2011

Saintis hasilkan kucing bersinar



15 Syawal 1432H. [MOD] -

NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Sekumpulan saintis AS menghasilkan seekor kucing yang bersinar-sinar dalam kajian mereka untuk menangani penyakit virus Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS)

Apabila kucing itu diletakkan di bawah cahaya biru, bulu, misai dan kuku kaki haiwan berkenaan kelihatan bersinar dengan warna hijau..

Kumpulan penyelidik berkenaan menggunakan gen yang mengeluarkan kilauan untuk menandakan kehadiran sejenis protein yang dimasukkan ke dalam telur haiwan tersebut.

Protein itu diambil daripada monyet Macaque.

Kajian itu disiarkan kelmarin dalam jurnal Nature Methods yang menyatakan gen monyet tersebut dimasukkan ke dalam telur kucing.

Saintis-saintis juga memasukkan gen obor-obor yang menyebabkan sel-sel kucing menjadi berkilauan.

Ujian ke atas sel-sel yang diambil dari kucing itu menunjukkan ia mampu menangani virus yang menyebabkan AIDS ke atas kucing. - Reuters

Hadiah untuk Si mati



Menurut Imam Ahmad bin Hambal, Ulama telah membuat kesimpulan bahawa apa pun jenis kebaikan yang diniatkan untuk dihadiahkan kepada orang yang telah meninggal, pahalanya akan sampai kepada almarhum atau almarhumah.

1. Mendoakan dan memohonkan keampunan ::: Rasulullah s.a.w bersabda, “Jika kalian mensolatkan jenazah, berdoalah dengan ikhlas untuknya. “Ya Allah, berilah ampunan bagi orang yang masih hidup mahupun yang telah meninggal di antara kami.”

2. Bersedekah ::: Saad bin Ubadah bertanya kepada Rasulullah s.a.w., “Ya Rasulullah, ibuku telah meninggal. Dapatkah aku bersedekah atas namanya?” Beliau menjawab, “Ya, dapat.”

3. Berpuasa ::: Al Bukhari dan Muslim meriwayatkan, Ibnu Abbas berkata,”Seorang lelaki menemui Nabi s.a.w. dan bertanya,Ya Rasulullah, ibuku telah meninggal dunia sedangkan ia mempunyai kewajiban berpuasa selama sebulan. Apakah aku dapat memenuhi kewajiban itu untuknya?, Rasulullah s.a.w menjawab, ‘Ya’.Rasulullah s.a.w bersabda,sesungguhn ya hutang kepada Allah lebih layak ditunaikan.

4. Haji ::: Al Bukhari meriwayatkan, Ibnu Abbas berkata, “seorang perempuan dari Juhainah menemui Nabi s.a.w dan bertanya, sesungguhnya ibuku telah bernazar untuk berhaji, tapi dia belum memenuhinya sampai dia meninggal. Apakah aku boleh berhaji untuknya? Rasulullah s.a.w menjawab, berhajilah untuknya. ….tunaikanlah (untuknya) kerana Allah lebih berhak menerima pembayaran.”

5. Solat ::: Ad Daruquthni meriwayatkan, “Seseorang lelaki bertanya, Ya Rasulullah s.a.w, sesungguhnya aku mempunyai ibu dan bapa. Aku berbakti kepada mereka selama mereka masih hidup. Bagaimana cara aku berbakti kepada mereka setelah mereka meninggal? Rasulullah s.a.w menjawab, sesungguhnya perbuatan baik setelah mereka meninggal, engkau solat untuk mereka dengan solatmu dan engkau berpuasa untuk mereka dengan puasamu.”

6. Membaca al Quran ::: Hadiah membaca al Quran akan sampai pahalanya apabila pembaca al Quran tidak menerima upah kerana Rasulullah s.a.w mengharamkanmencari nafkah dan kekayaan dengan membaca al Quran. Setelah pembacaan al Quran selesai, maka pembaca hendaklah mengucapkan ‘Ya Allah sampaikanlah pahala bacaanku ini kepada….(nama almarhum dan almarhumah)

Sabtu, 10 September 2011

Anak ditinggal akhirnya menyusu pada lembu



Kelihatan anak malang bernama Sophart sanggup menyusu pada seekur lembu. Kejadian ini berlaku di utara Kemboja. Menurut nenek yang memilihara cucunya ini setelah ditinggal pergi kedua orang tuanya Sopart sangat teruja melihat anak lembu menyusu pada ibunya. Akhirnya ia mengambil kesempatan untuk menyusu pada ibu lembu


Hang nak bini lagu mana?

Aku ada seorang teman baik, ustaz la jugak. Tapi tak mau kahwin. Dah jadi bujang telajak. hari raya lepas ziarah anak menakan . Tup-tup kebetulan jumpa dia dok tengah melengung kat beranda. Dia sapa aku..., tajam jugak bunyinya "Dunia jugak usraz nie... pakai kereta besar. Sindirnya sambil senyum-senyum" Aku pakai CRV ni bukan nak belagak tapi aku pakai untuk jalan jauh bagi ceramah, selesalah sikit badanpun kurang letih.

Kami nie jenis melawak kasar tapi dimulut je..i hati baik... emosi-emosi tak main le. Aku balas balik. "Tu le enta..orang jalan dengan anak bini, nie dok melengung sana-sini, suruh kahwin tak mau..dok memilih sangat"

Nak cari bini lagu mana? Kut-kut petua ini boleh jadi rujukan kut..

Nak Pandai = Cari isteri cikgu
Nak sihat = Cari isteri doktor
Nak kaya = Cari isteri anak tan sri
Nak glamour = Cari isteri artis
Nak gaduh = Cari isteri samseng
Nak sembang = Cari isteri penceramah
Nak alim = Cari isteri ustazah
Nak gemuk = Cari isteri chef
Nak selamat = Cari isteri polis
Nak stylo = Cari isteri kaki shopping

NAK MAMPUS = Cari isteri muda yg 1 ofis dgn isteri tua..

Cinta yan tak bernoktah..sanggup bunuh diri

SEREMBAN, 9 Sept -- Anggota polis serta jabatan forensik mengangkat mayat lelaki yang mati selepas dipercayai meminum racun rumpai untuk dibawa ke Bilik Forensik Hospital Tuanku Jaafar untuk bedah siasat di sini, hari ini.

A. Soraj @ Muhammad Faizal Raj Abdullah, 28, (kiri) yang ditemui mati dipercayai meminum racun rumpai di rumah sewanya di Taman Bunga Sejati, Kampung Nyatoh, Rantau dekat ini, hari ini. Turut ditemui bersama lelaki itu, teman wanitanya yang berusia 18 tahun yang dipercayai turut minum racun berkenaan tetapi keadaannya stabil.

-Bernama

Jantung terpacak mencanak




Jangan salah faham. Ini jantung pisang terpacak. Spesis pokok pisang begini mungkin tidak ad di tempat kita tetapi biasa ditemui di Jeniang Kedah. menurut masyarakat setempat pokok pisang terpacak ini dipanggil pisang bunga Kalau jantungnya matang ia akan terbuka seperti kelopak bunga.
Pada saya pokok ini jadi begini mungkin disebabkan tidak cukup baja. Jantungnya ringan lalu ia akan mencanak naik ke atas. kalau pokoknya subur...jantungnya akan jadi berat dan besar maka tangkainya akan melentur macam jantung pokok pisang yang lain. Wallahuaklam.

Lalu saya terfikir kalau kita nak kaitkan dengan manusia. kalau kuat makan metekedhagah tengok badan fuuh....! bersemangat. Banyak makan mata cepat mengantuk kepala pun melentuk ke bawah. Tengok orang slim...tegak je kepala dia...

Bagaimana nak uruskan tembuni anak menurut Islam

Dalam Bahasa Arab tembuni itu disebut sebagai al-masyimah (المشيمة), manakala tembuni keeil disebut sebagai al-khalash (الخلاص).

Menurut Qalyubi, tembuni kecil (al-khalash) adalah dikira sebagai sebahagian anggota anak damit keralla ia dipotong daripada anak tersebut. Adapun tembuni adalah ia tersendiri tidak dikira sebahagian daripada anggota ibu yang mengandung dan tidak juga daripada anak damit. Menurut katanya:

والمشيتة المسماة بالخلاص كالعضو لأنها تقطع من الولد ، فهي جزء منه ، أما المشيتة التي فيها الولد فليست جزءا من الأم ولا من الولد

Ertinya: Tembuni yang dinamakan sebagai al-khalash (tembuni kecil) adalah seperti anggota (anak) kerana ia diputus daripada anak berkenaan. Maka ia adalah sebahagian darinya. Adapun tembuni yang di dalamnya anak (pembungkus anak) maka ia bukan sebahagian daripada ibu dan bukan juga daripada anak. (Qalyubi wa 'Umairah: 1/505)

Menurut asy-Syeikh Muhammad asy-Syarbini al-Khathib:

فالمنفصل من الآدمي أو السمك أو الجراد طاهر ، ومن غيرها نجس ، وسواء في المشيتة وهي غلاف الولد ، مشيتة الآدمي وغيره. أما المنفصل منه بعد موته فحكمه حكم ميتته بلا شك.

Ertinya: Maka bahagian yang terpisah daripada manusia atau i atau belalang adalah suei, manakala selainnya (m an usia, ikan d belalang) adalah najis. Dan sam a juga dengan tembuni iai pembungkus anak, tembuni manusia dan lainnya. Adapun anggo~ yang terpisah daripadanya setelah matinya maka hukumnya adala , mengikut hukum matinya dengan tiada syak. (Mughni al-Muhtaj: 1/80)

Katanya lagi:

أما ما انفصل من حي أو شككنا في موته كيد سارق وظفر وشعر وعلقة ودم فصد ونحوه فيسن دفنه إكراما لصاحبها. ويسن لف اليد ونحوها بخرقة أيضا كما صرح به المتولي


Ertinya: Adapun sesuatu yang terpisah daripada sesuatu yang hidup atau kita ragu tentang kematiannya seperti (potongan) tangan pencuri, kuku, rambut, darah beku (‘alqah), darah bekam dan seumpamanya maka sunat ditanam kerana memuliakan tuannya, sunat juga membungkus tangan dan seumpamanya itu dengan kain sebagaimana yang dijelaskan oleh al-Mutawalli. (Mughni al-Muhtaj: 1/349)

Menurut dalam kitab Nihayah al-Muhtaj disebutkan:

ومنه المشيتة التي فيها الولد طاهرة من الآدمي ، نجسة من غيره

Ertinya: Dan daripadanya, tembuni yang di dalamnya anak (pembungkus anak) adalah suci daripada manusia, najis daripada lainnya. (Nihayah al-Muhtaj: 1/245

Berdasarkan daripada kenyataan di atas, dapatlah difahami bahawa ternbuni dan tembuni keeil yang dipisahkan daripada anak itu adalah suci, bukan najis. Sebagai penghormatan kepada anggota manusia, maka tembuni dan tembuni keeil tersebut sunat dibungkus dengan kain atau lainnya dan ditanam jika ia dipisahkan ketika anak erkenaan hidup. Jika ia dipisahkan setelah anak berkenaan eninggal dunia, maka penyempumaannya adalah mengikut penyempumaan mayat anak berkenaan.

Khurafat berkaitan pengurusan tembuni

Islam tidak menyuruh umatnya mengurus uri seperti jenazah. Apa yg perlu hanyalah di basuh, kemudian tanam di tempat yg selamat, maksudnya jauh daripada dimakan binatang liar.

Prof.Madya Dr. Anisah Abdul Ghani dari Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya berkata, uri adalah sebahagian daripada bayi, dan kerana itu ia perlu dijaga.
“Eloklah dibersihkan dan ditanam tetapi bukan diurus seperti jenazah,” katanya ketika ditemui baru baru ini.
Menyentuh perbuatan meletak bahan bahan seperti asam garam, yg disertakan sebatang jarum atau paku, menurut Dr. Anisah, semua itu hanyalah adat semata mata.
“Dalam Islam tidak ada semua itu. Seelok eloknya basuh saja bersih bersih. Selepas itu balut kemas, tanamlah. Tentang tempatnya tak kira dimana, asalkan sesuai pada fikiran kita dan dapat mengelak daripada diselongkar binatang,” tambah Dr. Anisah.
Di kalangan masyarakat Melayu, uri cukup dijaga. Selain ditanam beserta dengan pelbagai benda, seperti jarum, paku, lebai, adakalanya batik dan sebagainya. Malah sesetengah tempat ia dipasang lilin waktu malam selama tujuh malam.
Menurut mereka lagi, jika ditanam begitu saja, macam macam perkara akan menimpa bayi. Takut dengan musibah musibah yg dikatakan itu, ramai ibu bapa yg terpaksa patuh dengan cara menanam uri.
Semua itu, menurut Dr. Anisah hanyalah adat orang Melayu yg telah diamalkan turun temurun. Mengamalkannya tidak salah kerana ia cuma budaya, asalkan tidak memesongkan keyakinan.
Bagaimanapun menurut beliau, jika petua orang tua itu menjurus ke arah suatu kepercayaan atau keyakinan maka ia tidak boleh diamalkan.
“Masalah akan timbul jika kita benar benar percaya bahawa kita kena tanam uri dengan bahan bahan tertentu supaya anak tidak berkudis, mengelak drpd menangis malam, sawan dan sebagainya. Kedaan itu jelas bertentangan dengan syarak dan boleh membawa kepada khurafat. Misalnya kalau letak jarum atau paku semasa tanam uri dapat mengelakkan drpd gangguan makhluk halus jelas ini salah. Kita dilarang terus drpd percaya yg lain selain ALLAH,” katanya lagi.