Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Selasa, 6 September 2011

Tak larat rasanya...

Aidil fitri sudah berlalu. Hingga saat ini kuliah masih tertangguh. Banyak urusan yang perlu diselesaikan. Pagi sabtu jam 3 pagi bertolak ke Kuala Terangganu atas urusan pendaftaran kemasukkan anak ke Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza)

Solat subuh di Jeli Kelantan dan tiba ke Unisza sekitar jam 12 tengahari. Malangnya homestay yang ditempah awal masih belum boleh dimasuiki kerana penyewa awal baru sahaja keluar. Bersama mak dan adik bertolak ke Kuala Terangganu untuk membeli belah di Pasar Payang. Malang sekali lagi jalan jem keadaan begitu sesak, berjam-jam di atas jalanraya. Aku dah jadi tak larat, mata pun rasa dah berketul...ambil keputusan untuk balik ke Homestay Laila berdepan dengan Universiti Malaysia Terangganu(UMT).

Besok jam 8 pagi urusan pendaftaran dan selesai jam 9.30 pagi. Ketika itu aku dihampiri oleh seorang lelaki 40han begitu mesra seolah seperti kenalan lama sedangkan kami tidak pernah bertemu. Menurutnya kehidupannya lebih tenang setelah berhijrah dari Johor ke Kelantan. Menurutnya keadaan di sini lebih seronok kerana anak-anaknya dapat mendalami ilmu agama. Anak lelakinya telah menjadi seorang hafiz begitu juga dengan anak perempuan yg didaftar masuk ke Unisza juga seorang hafizah dan mengambil jurusan kedoktoran.Satu kata-katanya yang masih aku ingat hingga sekarang " ustaz...ulat najis akan merasa selesa bila berada di atas najis tetapi apabila ia melompat keluar barulah ia sedar rupanya selama ini ia hanya bergelumang dengan najis sahaja."
Jam 2 petang sekali lagi ke Kuala Terangganu untuk ke Pasar Payang, alhamdulillah setelah berpusing-pusing akhirnya sampai juga ke sana. Namun ketika nak bertolak balik sekali lagi kenderaan kami terpusing-pusing jumpa tempat yg sama...Pasar Payang. Susah betul nak cari jalan keluar papan tanda terlampau kecil tak macam di Kelantan atau Perak, besar dan jelas.
Perjalanan balik memakan masa 8 jam untuk sampai ke Taiping...aduhai tak larat rasanya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan