Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Isnin, 26 September 2011

Ikan Daun Baru teruja aku...

Hati berbelah bagi, nak pergi ke tak pergi. Ahli jamaah Masjid expo kaki pancing ajak pergi ke Pulau Jarak berhampiran laut antarabangsa Selat Melaka. 2 malam 3 hari lama tu. Depa sungguh-sungguh ajak aku pergi "kalau ustaz tak pergi tak seronok lah..."pujuk Pak Din pemancing tegar Expo.
Kawan punya pasal aku pergi juga walaupun hati tak seratus peratus. Bimbang jugak dalam keadaan cuaca tak begitu baik. Sangkkan ku betul tekong bot tak sanggup pergi dan tekong bot mengubah haluan untuk memancing di Pulau Sembilan.
Solat Jumaat di Masjid lumut dan bertolak sekitar jam 3.30 petang. Cuaca nampak ok. Umpan bilis dah diperolehi, berbunga juga hati kut-kut dapat tarik ikan besar...he..he..he angan-angan mesti lebih.
Takdir waktu malam cuaca mula berubah, laut sedikit bergelora.ikan kurang meragut umpan,rasa cuak juga...setengah jam sekali ikan makan itupun yg meragut tak sampai sekilo besarnya,aku ambil keputusan tidur awal. Tak semena-mena hujan turun lebat dan aku dengar bunyi angin kencang seperti tiupan seruling. kami berhimpit dalam rumah bot macam ikan sardin. Teringat bagaimana kehidupan nelayan di lautan untuk mencari sesuap nasi terpaksa menyabung nyawa. Nasib baik tekong bot pandai mencari tempat berlindung di sebalik pulau jadi terselamatlah kami dari dilambung ombak besar. Syuku kerana seorangpun dari kami tidak mabuk laut.
Aku teringat kisah nabi Yunus ketika kapalnya dilambung ombak. Akhirnya undian terpaksa dilakukan. Takdir menentukan Nabi Yunuis terpaksa terjun ke laut dan ditelan oleh ikan paus. Begitu besar ujian Allah pada hambanya seorang rasul. Dalam hati kecilku terfikir lautan yang bergelora ini seperti geloranya hati manusia yang memburu kehidupan dunia. Mereka sentiasa tak rasa puas seperti mengejar bayang-bayang sendiri. Begitu juga bergeloranya kepincangan hidup manusia akhir zaman ini kerana mereka menolak Islam, menolak hukum Allah swt.

Sesungguhnya 2 malam kami dipukul ribut rasanya menginsafkan kami bagaimana lautan yg luas terbentang itu adakalanya mendamaikan dan adakalanya menakutkan. Alhamdulillah dalam keadaan tidak selesa kewajipan solat tetap dijaga meskipun ada sahabat ygh terlewat sedikit bangun subuh mungkin keletihan sangat kut.
Kami pulang jam 9 pagi dengan hasil tangkapan 3 tong penuh. Dan yang paling teruja aku dapat menarik seekur ikan daun baru yang agak besar dengan hanya menggunakan mesin murah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan