Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Sabtu, 30 Oktober 2010

Ikan Belukang...Tak Sombong Punya


Hari ini Sabtu seperti yang telah dirancangkan aku bersama teman-teman pemancing Skk bertolak ke Kuala Trong untuk memancing. Dah lama tak memancing. Tangan pun dah macam kena sawan pakinson nak tarik ikan besar.

Kami berkumpul jam 7 pagi di rumah Pie kantin (di Batu 7 Changkat Jering). Bertolak untuk dapatkan umpan perumpun dan udang hidup di Pekan Trong. Alhamdulillah biasanya 22 bulan melayu air cantik dan ikan sisik galak memakan umpan kerana air bergerak perlahan. Namun rezeki Allah yang tentukan kami hanya bertawakal dan berharap supaya dapat ikan yang baik seperti Jenahak, siakap atau sekurang-kurangnya ikan semilang.

Bot yang kami naiki agak besar dan selesa,dan kami sampai ke destinasi pancing lebih kurang jam 9 pagi. Aku dapat pancing 3 ekor jenahak tapi kecil tak sampai 1/2 kilo. Selepas itu bermula era belukang. Kail Cikgu Rozy Al-Bujangi di ragut kuat oleh ikan besar. kami terhenti melihat beliau menarik pancingnya.. rupanya ikan belukang besar (tak sombong punya ikan) Cikgu Fauzi speker pun serupa juga masing-masing dapat habuan belukang termasuk aku.

Jam 12 hujan mula turun dengan lebat,kami terpaksa berteduh,hasrat untuk memancing di muara laut terpaksa dibatalkan kerana angin ribut. Selepas itu hujan renyai-renyai turun berpanjangan menyebabkan kami terpaksa solat zohor dalam hujan renyai-renyai. Tapi aku respeklah Cikgu Rozy hujan-hujan pun begitu tekun ia memancing dan pemenang bagi trip memancing kali ini memang milik cikgu Rozy Bujang.

Ikan Belukang ni kalau buat ikan kering memang sedap. memang memancing ini boleh menghilangkan stress.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan