Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Selasa, 1 Mei 2012


Pada 5 Mei Bulan Akan Membesar

Pada 5 Mei ini, bulan akan membesar. Jangan salah sangka, maksudnya adalah fenomena alam Supermoon. Fenomena ini terjadi kerana bulan kelihatan lebih besar daripada biasa akibat jarak semakin hampir dengan bumi.


Ahli Meteorologi Joe Rao menyatakan, pada tarikh tersebut, bulan purnama ini akan berputar mengelilingi bumi sejarak 221.802 batu (356.955 kilometer). Menurutnya, ini akan menjadikan bulan nampak terbesar sepanjang tahun, kerana orbit bulan melingkar secara tidak sempurna.

Pada fenomena Supermoon nanti, bulan akan lebih terang 16% daripada biasanya. Sebaliknya, pada 28 November nanti, bulan akan lebih kecil dan lebih redup.


Menurut sumber, Supermoon akan memberi kesan terhadap pasang surut air laut. Namun, mereka belum dapat memastikan apakah fenomena ini akan mengakibatkan gempa ataupun tsunami

Tiada ulasan:

Catat Ulasan