Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Rabu, 10 Oktober 2012

Kalaulah dia ni Islam..?



Cheng Yixing (56) ialah seorang bapa beranak 3. Setelah kematian isteri beliau membesarkan3 orang anaknya dengan bekerja sebagai petani. Hasil usaha kerasnya salah seorang anak beliauCheng Jilai (24) berjaya memasuki sebuah universiti. Bagi menanggung perbelanjaan pelajaran ananya Chen Yixing bekerja keras. Beliau tidak membenarkan anak beliau bekerja terlalu keras dan lebih suka jika Chen Jilai belajar. Malang bagi Cheng Yixing, beliau disahkan mengidapkanser rektum dan prognosisnya adalah buruk. Beliau mengambil masa terlalu lama untuk berjumpa doktor dan nyawa beliau tidak dapat diselamatkan.

Sebagai permitaan terakhir, Yixing mahu anak beliau Jilai menjaga beliau dihari-hari akhir sementara menanti mati. Jilai tidak lupa jasa bapanya dan mengangguhkan pelajaran beliau diXi’an Aeronautical University. Dua orang kakak beliau sudah berkahwin dan tidak mampu menjaga anak mereka. Nasib orang miskin di China memang sadis!

Jilai menggunakan duit yang dikumpul beliau untuk belajar di Universiti untuk ubat tahan sakit, membeli keranda, duit neraka, dan kesemua peralatan pengkebumian. Apa yang dikehendaki bapanya dituruti. Jilai tidak tahu apa akan dilakukannya selepas bapanya meninggal. Hendak sambung belajar duit sudah digunakan untuk "perjalanan akhir" bapanya ke liang lahad.

Cheng Yixing kembali menemui ialah ilahi 27 Mac lepas. Diharapkan Cheng Jilai, seorang anak yang berhati mulia ini dapat meneruskan pelajaran beliau. Agak sadis jika beliau kandas kerana menggunakan wang simpanan untuk menguruskan bapanya yang sakit

Tiada ulasan:

Catat Ulasan