Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Selasa, 2 Oktober 2012

Wanita sekarang sudah semakin garang betoi ke...?



Tugas ulamak adalah menegur,menasihati dan mendidik. Kereta kita rosak..kita hantar pergi bengkel kereta. Demam tak kebah kita pergi jumpa doktor. Tapi kalau hati kita kotor kita perlu jumpa ulama atau ustaz untuk dapatkan bimbingan. Kadang kala takut jugak nak tegur orang pompuan sekarang ni kerana mereka sekarang sudah semakin bijak berpelajaran dan berkedudukan.  Banyak di kalangan mereka duduk sebagai bos di pejabat. Tak hairanlah ada di kalangan mereka agak cengei dan susah nak terima nasihat. Berita yang aku baca ini sedikit sebanyak menjadi mehnah kepada para ulamak akhir zaman.

Berita melaporkan seorang ulama di Iran disepak sehingga pengsan dan dimaki hamun kerana menegur seorang wanita yang tidak berpakaian jubah menutup aurat sebagaimana lazimnya di khalayak ramai.

Kesian ulama tersebut yang sekadar melaksanakan kerjanya menegur perkara yang tidak betul. Sebaik sahaja ditegur wanita tersebut terus menjerit pada ulama itu..."kamu sepatutnya tutup saja mata, jangan melihat!" lalu ulama itu diserang dan sedar-sedar dia sudah terlantar dihospital.

Garangnya wanita Iran sekarang. Media barat seronok dengan perubahan sebegini. Mereka mempertahankan kaum wanita yang pada mereka itu sebagai lambang ketidak puasan hati kaum wanita dikawal bagaimana cara mereka sepatutnya berpakaian. Itu baru tegur bab berpakaian...belum lagi bab bersalaman dan sebagainya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan