Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Rabu, 31 Oktober 2012

Nasib baik aku masih mampu bersabar....


Bukan pasai apa...kadang-kadang boleh hilang sabar dibuatnya. Tengah dok tik-tik pencapaian pelajar dalam komputer tiba-tiba eror.....Bukan sekali tapi berkali-kali. Memang stress betoi. Sorang pelajar  boleh makan masa 1/2 jam nak tik. separuh jalan tiba-tiba eror lagi, kena tik semula . Boleh buat 2, 3 minit jadi 1/2 jam mana tak naik temperature sampai kat  kepala.

Kata  JU  masa kursus hari tu ... KSSR adalah  Kerja Senang Sambil Relax. Bagi aku tak betoi...aku tanya kengkawan aku semuannya kata kerja stress sampai rebah. Bagi aku bukan rebah lagi...boleh jagi bergulin-gulin punggung kat ataih kepala kat bawah.

Depa kata buat tengah malam ...server ok. Aku try pun macam tu jugak dapat tanda dua tiga pelajar pastu eror. Nasib baik aku tak sepak lap top. Bini aku pun bising semenjak dua menjak nie tidok ngan lip top apa kahai nya. Mana tak buat macam tu..depa orang ataih  nak semua segera, aku masa terhad, malam bagi kuliah habih jam 10 baru sampai rumah...tak buat macam tu bila kerja nak siap.

Lagi satu aku rasa time kerja banyak ni, nak bersembang ngan kenkawan pun tak seronok. Senyumpun dah tinggai sebelah. Makan dok asyik mengkelan. Mana tak mengkelan kira nak cepat..belum hadam dah telan. Masalahnya bila nak qada hajat meneran macam pompuan nak bersalin tak cukup bulan.

Tapi aku syukur sangat...penyakit hilang sabar, kuat melenting sudah semakin hilang tak macam dulu-dulu. Kalau dulu silap-silap terpelanting dah lap top aku sepak. Alhamdulillah syukur kerana Allah kurniakan kesabaran ini dalam menghadapi karenah duniawi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan