Sebagai sahabat aku hanya mampu memberi semangat untuk terus menghadapi kenyataan. Semuanya adalah ujian Allah. Allah uji kita dengan sesuatu bukannya berarti Allah tidak sayang pada kita. Teruskan kehidupan dengan menguatkan kesabaran kerana sesuatu yang dimiliki itu hakikatnya adalah pinjaman dari Allah dan Allah boleh mengambilnya bila-bila masa sahaja.
Ada orang yang berputus asa lalu mengambil jalan mudah untuk menamatkan riwayatnya. Na'uzubillah...tetapi perempuan ini telah menarik balik keputusannya untuk mati dan ingin terus hidup meskipun dengan menggunakan bantuan talian hayat.
NEW YORK - Seorang wanita lumpuh yang berjaya memenangi tuntutan hak untuk mati di mahkamah dan tinggal bersama ibu bapanya yang kuat pada pegangan agama telah menukar fikiran untuk terus hidup dengan mesin bantuan hayat.
Pada hari Jumaat (5/10/2012) lalu, mahkamah rayuan telah memutuskan Sungeun Grace Lee, seorang wanita berusia 28 tahun yang lumpuh dan tenat kerana penyakit tumor otak, boleh menghentikan mesin bantuan hayatnya selepas bekas perancang kewangannya berkata itu adalah apa yang dia mahukan. Mahkamah telah menolak permintaan ibu bapanya yang cuba untuk menghalangnya daripada berbuat demikian.
Walau bagaimanapun, peguam wanita Lee memberitahunya pada Sabtu lalu (semalam) bahawa dia mahu terus hidup di atas mesing bantuan hayat dalam usahanya untuk berdamai dengan keluarganya dan tuhan.
Ibu bapanya Wah Manho Lee dan Jin-ah Lee berkata mereka takut bahawa tindakan membunuh diri ini akan menghalang anak perempuannya daripada masuk ke syurga
Tiada ulasan:
Catat Ulasan