Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Selasa, 2 Oktober 2012

Apa yang orang lain rasa dan apa yang aku rasa..


Aku rasa perbentangan bajet 2013 yang diterima rakyat dalam keadaan perasaan yang bercampur baur. Ada yang gembira dan tak kurang juga yang menganggap seperti gula-gula kapas, mencair di mulut tetapi sedikitpun tidak mengenyangkan.

Entahlah...dalam keadaan ekonomi dunia yang tak menentu, taraf hidup yang begitu tinggi.Harga barangan melonjak naik tanpa diketahui begitu juga sumber asas hidup taarif elektrik air yang gila-gila punya bacaan hingga mencecah ratusan ringgit setiap bulan menyebabkan hidup rakyat golongan marhain dan golongan bawahan semakin tertekan. "Saya ustaz..rumah tak dak ekon tapi tiap bulan naa...hai rm 120 ke atas, dulu rm 70 paling tinggi 90 ringgit je.." Ini keluhan yg sering aku dengar.

Anak-anak sekolahpun  paling kurang dibekalkan wang saku rm 3 sehari itupun tak cukup...entahlah bila gula pula naik pabila subsidi dipotong 20 sen tak mustahil harga kuih muih dan  air minum melambung naik. Nilai  pemberian rm500 seolah-olah seperti seorang kanak-kanak yang menerima  duit hari raya Rm1 ...

Bagi aku kekuatan sesebuah negara bukan terletak kepada kekuatan ekonomi semata-mata. Kita ambil contoh dengan melihat  kepada kekuatan para sahabat terdahulu, kekuatan mereka bukanlah terletak kepada ekonomi, tetapi kemantapan mereka adalah kerana aqidah yang didokong oleh mereka menyebabkan Madinah menjadi sebuah negara yang digeruni dimata dunia.

Setelah dilihat dan diselidiki, pemikiran Maddiyyah ini sudah meresap dalam pemikiran umat Islam, dan akhirnya, kita dapat melihat umat Islam sudah menjadi bangsa yang berfikiran kapitalis yang sebenarnya pemikiran ini diciplak dari barat..Sewajarnya kekayaan sesebuah negara dapat dikongsi secara adil dan saksama bukannya menjarakkan lagi jurang antara golongan kaya dan miskin. Inilah yang disebut sebagai kapitalis. Renungkanlah  firman Allah dalam surah alKahfi ayat 94 ini....

Maksudnya;
“Mereka berkata: “Wahai Zulqarnain, sesungguhnya yakjuj dan makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi, oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?”. Dia menjawab: “(Kekuasaan dan kekayaan) yang tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu), oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai), aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh” (Surah Al-Kahfi : 94-95)

Dalam firman Allah ini, jelas menunjukan Zulqarnain tidak mengambil apa-apa cukai yang hendak diberikan oleh rakyat, tetapi apa yang diminta oleh ZulQarnian adalah bantuan dari rakyatnya tanpa balasan. Inilah konsep Negara kebajikan yang dinyatakan oleh Allah .

Gabenur Omar Abdul Aziz di Mesir, mengutuskan surat kepada Omar bin al-Khattab, mengadukan kepadanya tentang ramainya manusia memeluk Islam yang menyebabkan gugurnya kewajipan jizyah terhadap mereka. Zakat juga tidak wajib ke atas mereka melainkan setelah satu tahun daripada kemasukan mereka ke dalam Islam. Gabenor itu mahu kewajipan jizyah dikenakan kepada mereka demi menjaga kepentingan khazanah Negara dan memperolehi kemasukan harta.

Menerima surat tersebut, Saidina Omar bin Al-Khattab menjawab dengan sepotong kata-kata yang ringkas sebagai menggambarkan tentang risalah Negara Islam. Saidina Omar bin Al-Khattab berkata kepada Omar Abdul Aziz;

“Semoga Allah memburukan pandangan kamu. Sesungguhnya Allah mengutuskan Muhammad sebagai pembawa hidayah, bukannya sebagai pemungut cukai”

Melihat kepada isi surat itu, jelas kepada kita bahawa Negara Islam adalah Negara hidayah (memimpin manusia kepada Allah), bukan Negara jibayah (memungut cukai).

Ekonomi Islam di tegakkan oleh semangat hubbu wal ihsan (cinta dan buat kebajikan), iaitu setiap orang mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri. Ekonomi Islam berjiwa infaq wal birr (berani berkorban dan membuat kebajikan) kepada golongan nfakir miskin

Ekonomi Islam mempunyai karakteria ithar (sanggup menerima kesukaran dan kepahitan) kerana mengutamakan kepentingan orang ramai dan umum.

Sistem ekonomi Islam memegang teguh system taawun (hidup tolongan menolong), sehingga tidak mungkin timbul sikap rakus dan tamak dipihak mampu dan rasa putus asa bagi pihak yang lemah (tidak berkemampuan).

Negara Islam ialah Negara yang menjaga hak golongan yang lemah (dhoif), bukannya untuk menjaga kepentingan mereka yang berkuasa, ini jelas dengan kewajipan zakat yang dikenakan kepada golongan kaya untuk diserahkan kepada fakir miskin.

Pembelaan itu, tidak sekadar melalui pungutan zakat sahaja, bahkan disana ada sumber-sumber yang lain Negara seperti al-faie, kharaj, usyur dan sebagainya, menjadi hak yang tetap untuk golongan anak yatim, orang miskin dan Ibnu Sabil.

Pembelaan golongan lemah di bawah naungan Hadharah Islamiyyah, bertambah lagi terserlah di zaman pemerintahan Omar Abdul Aziz, yang mana seorang gabenornya di Afrika telah mengutuskan surat yang menyatakan bahawa beliau tidak menemui seorang fakir pun yang berhak menerima zakat, lalu Omar Abdul Aziz berkata kepadanya; “Gunakan ia untuk membeli hamba, lalu merdekakanlah hamba tersebut”.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan