Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Khamis, 11 Oktober 2012

Semoga dia masuk Syurga dengan tersenyum...


Aku teringat cakap tok guru aku dulu masa dok tengah belajar. Penceramah yang baik adalah mereka yang boleh mengembirakan pendengar dan diwaktu yang sama boleh mengalirkan air mata pendengar dengan kisah-kisah yg menyentuh hati.

Memang dalam ceramahku akan aku selitkan unsur-unsur humor yang tidak keterlaluan supaya orang tak boring. Jauh dari sudut hatiku aku bukan nak jadi pelawak atau saja-saja nak bagi orang gelak tapi kalau hidup kita ini sentiasa serius tentu tak seronok kan?

Pasa suatu ketika ,rumah  rasulullah s.a.w didatangi oleh penjual madu,penjual itu yang tidak mengenali rasulullah s.a.a telah memberikan  sebotol madu kepada rasulullah yang katanya dihadiahkan oleh seorang sahabat bernama Nu'im.Rasulullah s.a.w menerima hadiah tersebut dengan senang hati ,namun begitu baginda terkejut apabila diberitahu bahawa madu tersebut belum dibayar dan hendaklah dibayar oleh si penerima hadiah,dengan agak hairan Rasul membayar harga madu tersebut .
 
Keesokan harinya Rasulullah s.a.w bertanya kepada Nu'im berkenaan kejadian tersebut.
"Wahai Nu'im,adakah kamu hendak mempermainkan keluarga Rasulullah? "
"Tidak ya Rasulullah,sebenarnya ketika saya melihat penjual madu tersebut ,saya teringatkan anda kerana anda sangat sukakan madu tetapi saya tidak ada wang pada masa itu,lalu saya menyuruh penjual tersebut berbuat demikian"
 
Mendengar penjelasan Nu'im itu Rasulullah s.a.w tertawa kecil dan sejak hari itu Rasul selalu tersenyum lebar bila melihat Nu'im.
Kadang-kadang ada dikalangan sahabat yang mengadu kepada rasul berkenaan dengan perangai Nu'im yang suka bergurau tapi dijawab oleh baginda
"Semoga dia akan masuk syurga dengan tersenyum"

1 ulasan:

  1. sy juga mahu membaca dengan tersenyum...

    p/s: orang yg byk berzikir (mengingati Allah) juga akan memasuki syurga dengan tersenyum2.. (",)

    BalasPadam