Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Khamis, 14 Jun 2012

Janji ditepati..rakyat didahulukan betul ke atau omong kosong

Dulu apa juga kenaikan harga barang atau bil elektrik air apa sahaja akan dimaklumkan dalam tv maupun akhbar arus perdana. Sekarang nie naik secara senyap-senyap rakyat pun tak tau. Bayangkan kalau kenaikan itu hanya seringgit dua mungkin kurang terasa kepada golongan marhain tetapi kalau dah naik melebihi 100 peratus ini sudah melampau namanya...tradisi membela rakyat apa namanya.


Aku ingat aku saja yang terasa kenaikan ini tetapi rupanya banyak lagi orang lain yang mengeluh kesusahan. Bil elektrik saja tak pernah melebihi Rm 130 sebulan tiba-tiba bulan ini naik mencanak hingga mencecah Rm 250. Itupun rumah aku hanya guna kipas angin tanpa pendingin udara. Lihatlah beberapa  keluhan warga  pengguna betapa mereka  seolah-olah dibuai mimpi dengan sloggan rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan.

Seorang Guru, Affizee Awang Ramain, 28, dari Subang, menjelaskan bil elektrik diterimanya mengalami kenaikan yang agak tinggi dan ini menimbulkan keraguan.

“Saya dan keluarga menggunakan elektrik seperti biasa tetapi kenapa bacaannya begitu berbeza daripada biasa. Kenaikan dicatatkan begitu mendadak dan ia seharusnya dikaji semula oleh pihak berkuasa.“Penggunaannya sama dengan perkakas elektrik yang sama tetapi kenaikannya tinggi. Saya harap pengguna seperti kami tidak dibebankan dengan keadaan sebegini yang terpaksa menanggung kos sara hidup tinggi,” katanya.Menurutnya, bila elektrik terbaru diterima mencatatkan kenaikan kira-kira 25 peratus berbanding sebelumnya.Mohamad Radzi Ho Abdullah, 54, dari Alam Megah juga sependapat bahawa ketika ini kenaikan tarif elektrik begitu tinggi berbanding kebiasaannya.




“Saya tinggal bersama isteri dan anak seramai enam orang dan penggunaan elektrik di sekitar RM160 sebulan. Namun kini ia telah meningkat melebihi RM200. Kenaikan ini amat membebankan kami sekeluarga,” ujarnya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berkata, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dan TNB perlu memberi penjelasan berhubung perkara itu.
Menurutnya, kenaikan tarif elektrik secara mendadak itu secara tidak langsung mendatangkan beban kepada rakyat sebagai pengguna.
“Saya telah menerima hampir 10 aduan mengenainya dan TNB perlu membuat penjelasan mengapa ianya berlaku. Apa yang boleh dipercayai adalah kerajaan memberikan arahan kepada TNB untuk mengeluarkan bil elektrik dua bulan sekali dan saya fikir apa yang berlaku sekarang terlalu besar sehingga merumitkan orang ramai.
“Saya tidak faham mengapa kos bil elektrik ini naik secara begitu mendadak,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan