Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Rabu, 19 September 2012

Kerana wang aku sanggup bunuh kawan


Petang semalam ketika aku nak mengajar di Surau Sg baru dan melalui jalan ke Giant Taiping kelihatan begitu ramai orang berkumpul. Aku memang tak syak apa-apa...mungkin eksiden kut.

Pagi ni sempat sembang dengan ust Amir dia bagi tahu kawan dia masa kecil telah dibunuh  oleh rakannya sendiri dan wang satu juta setengah telah dilarikan. Terkedu juga aku dibuatnya. Begitu singkatnya pemikiran kerana wang,   Ia sanggup buat apa saja hatta menjadi pembunuh dan bagi aku  tak susah bagi polis untuk mengesannya kerana segala data dan maklumat siperompak dan pembunuh itu  mudah diperolehi dari syarikat mereka  bekerja

Kejadian pukul 3 petang di Jalan Tekah-Aulong berdekatan sebuah pasar raya di sini itu mengakibatkan Hasnol Hafiz Saad, 28, mati akibat terkena empat das tembakan dari jarak dekat di dada. Mangsa ditemui mati di tempat duduk pemandu dengan kecederaan parah di perut, dada, bahu kanan dan betis kiri.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa dan suspek dalam perjalanan pulang selepas memungut wang daripada mesin deposit tunai beberapa buah bank di bandar ini.

Suspek yang dikenali sebagai Mohamad Hafizuddin Zainal Abidin, 25, yang menghilangkan diri bersama wang dan selaras senapang kini menjadi buruan polis.

Seorang saksi mendakwa, dia melihat suspek melarikan diri bersama beberapa beg mengandungi wang dengan menaiki sebuah kereta Honda Civic hitam yang berada beberapa meter di belakang van keselamatan tersebut.

Kebiasaannya, mereka akan menggunakan Jalan Taman Long Jaafar di Kampung Boyan di sini iaitu hanya sejauh lima kilometer untuk pulang ke pejabat tetapi semalam Hasnol telah dipaksa menggunakan Jalan Tekah-Aulong selepas mengutip wang. Jarak jalan itu kira-kira 10 kilometer dari pejabat mereka.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusof Mohd. Diah berkata, pemeriksaan mendapati enam daripada 13 karung berisi wang lesap.

“Enam karung itu dipercayai mengandungi wang lebih RM1.2 juta dan siasatan awal mendapati bahagian luar van itu tidak mempunyai kesan dilanggar.

“Tempat kejadian bukan laluan yang biasa digunakan untuk pulang ke pejabat selepas mengutip wang. Van itu didapati terbabas di kiri jalan dipercayai akibat tindakan agresif suspek,” kata Yusof yang masih menyiasat jumlah sebenar wang yang dilarikan serta penglibatan individu lain.

Tambahnya, polis kini giat memburu Mohamad Hafizuddin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Taiping di sini untuk bedah siasat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan