Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Sabtu, 1 September 2012

Peringatan kepada mereka yang ingin mengadakan majlis walimatul urus di rumah


Bagi ibubapa yang ingin mengadakan majlis walimatul urus perlu berhati-hati. Sudah banyak kes yang aku dengar terutama di sekitar Taiping Batu Kurau Selama  kejadian  kecurian barangan pengantin serta wang hantaran  dari mereka yang mennyamar sebagai keluarga pengantin.

Baru-baru ini seorang wanita dalam lingkungan usia 40han menggunakan taktik yang sama menyamar sebagai ahli keluar dan bebas keluar masuk dalam rumah dan bilik pengantin.  dikatakan berjaya melarikan empat beg tangan milik ahli keluarga pengantin semasa majlis perkahwinan sedang berlangsung di Kampung Sungai Ara dan menurut saksi, Salina Shamsudin, 21, kejadian berlaku pada kira-kira jam 12 tengah hari.

Menurutnya, empat wanita berkenaan lengkap berpakaian baju kurung telah menyusup masuk ke dalam rumah sepupunya, Nur Shuhada Zaman Zahari, 22 selepas memperkenalkan diri sebagai saudara pengantin lelaki.

"Mereka bersikap pelik apabila tidak bercakap dan hanya memerhati keadaan sekeliling dengan penuh kecurigaan. Mereka memilih untuk duduk hampir dengan bilik pengantin sepanjang majlis.

"Dua daripada wanita itu dilihat masuk ke bilik pengantin ketika ahli keluarga lain sibuk memindahkan hantaran perkahwinan dan memasukkan semua beg besar yang diambilnya ke dalam sebuah beg besar," katanya.

Katanya, keadaan menjadi kecoh seketika apabila empat beg tangan mengandungi lapan telefon bimbit, wang tunai dan barang kemas bernilai hampir RM30,000 hilang dan kejadian ini sama seperti kes yang berlaku di Manjoi dalam laporan akhbar Sinar Harian, semalam.

Salina menjelaskan, kejadian berkenaan disedari apabila salah seorang mangsa dihubungi pihak bank untuk membuat pengesahan pembelian telefon bimbit menggunakan kad kredit di sebuah pasar raya di Taiping.

"Urusan pembelian itu tidak berjaya kerana diragui oleh pihak bank. Kami geram dan terkilan dengan insiden ini kerana mereka turut mengeluarkan wang simpanan sebanyak RM6,000 milik salah seorang ahli keluarga kami.

"Kami telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Batu Kurau mengenai kejadian ini," katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan mangsa dan siasatan sedang dijalankan serta polis sedang giat memburu suspek terbabit.

Semalam, Sinar Harian melaporkan kes kecurian yang mana seorang wanita mengaku sebagai ahli keluarga dan menyusup masuk ke dalam rumah pengantin, melibatkan kehilangan barangan bernilai hampir RM20,000 di Kampung Sungai Tapah Manjoi.

Kejadian itu berlaku sehari selepas kejadian menggunakan modus operandi yang hampir sama di Batu Kurau

Tiada ulasan:

Catat Ulasan