Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Ahad, 2 September 2012

Ritual pelik

Selama hampir setahun aku bergaul dengan suku kaum Toraja rasanya ada sedikit sebanyak pengalaman pelik yang dapat aku kongsikan. Mereka adalah satu kaum yang memiliki satu amalan ritual yang amat pelik. Contohnya mereka boleh menjalankan mayat orang yang baru meninggal dunia. Cuma aku diberi ingatan.."Ustaz... kalau tengok mayat berjalan macam zombi jangan tegur, nanti kita terpaksa mengusungnya"

Satu lagi perkara pelik ialah mayat mereka tidak mereput mungkin ada bahan pengawit yang digunakan. Sampai masa kubur mereka akan digali semula oleh waris keluarga untuk disalin pakaian baru dan di bawa berjalan keliling kampung.  penduduk tempatan percaya bahawa upacara ini dapat mengeratkan 'hubungan' dengan si mati, walaupun telah meninggal dunia lebih ratusan tahun.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan