Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Jumaat, 7 September 2012

26 tahun aku menunggu...mudah-mudah dekat pilihanraya ni dapatlah kut..Kan tema merdeka janji ditepati?


Baru tadi mak telefon "Nama hang tak dak, depa sebok nak temuduga tanah hari rabu nie.. Dah pun  keluar senarai  nama tapi depa kata nama hang dah cicir" Risau sungguh suara mak dalam telefon. Tanah tu aku beli dulu tahun 1986 harga seribu lebih kurang 2 ekar. Pajak dekat Pak Menakan suruh usaha tebang pokok hutan ganti dengan pokok moktan, pastu bagi dua aku ambik sekar Pak Tam aku ambik sekar lagi. Malangnya tanah tu tak dak geran cuma bertaraf  tanah tol atau tanah lesen.

Aku dah usaha nak dapatkan geran, tanah tu dah berapa kali sukat, bayar duit sukatpun dan habis agak-agak kat seribu, laa ni baru kata dengar nak dapat geran tu pun kena temuduga dulu. Aruah ayah dah gantikan pokok moktan dengan sawit dapatlah dia merasakan sikit hasilnya sebelum meninggal. Sekarang tanah yang tak bergeran itu boleh menyumbang hasil sawit 300 - 500 ringgit sebulan dan semua hasilnya aku bagi kat  mak dan dapatlah menambahkan tabungannya hingga dapat 2 kali pergi umrah selepas ayah meninggal. So aku tak hairanlah bila mak rasa risau takut tanah tu terlepas ke tangan orang lain.

Sebelum ini tanah milik abang ipar dah bertahun diusahakan. Pokok sawit pun dah besar, lebih kurang 6, 7 tahun usianya tup...tup keluar geran nama orang lain. Satu sen habok pun tak dapat. Memang orang yang  makan hasil tanaman orang lain confirm makan dari sumber yang haram anak beranak. Tapi abang ipar aku tu jenis penyabar..biag pi lah kat depa, Allah Maha Kaya kelak ada balasannya? Itulah jawapannya.

Bagi aku, memang aku kesah kerana tanah itu adalah tanah hasil keringatku dan keringat aruah ayahku. Aku bagi tau dekat mak "Mak jangan risau..aku dah dapat surat temuduga dan khabar angin yang menyatakan nama aku tercicir dari senarai adalah andaiaan semata-mata. Doakan moga aku berjaya mendapatkan geran setelah hampir 26 tahun berusaha insyaallah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan