Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Rabu, 22 Disember 2010

Sepinggan Nasi manusia sudah jadi takabbur

Terfikirkah kita di saat kita nak menyuap nasi ke mulut. Nasi yang kita suap itu dari mana datangnya. sudah tentu sebelum jadi nasi asalnya dari beras. beras diambil dari pokok padi yang dituai.
Siapakah yang menuainya..? Para petani yang menanam dan menuainya. Kemudian dihantar ke kilang. Pekerja kilang dengan menggunakan mesin menghasilkan beras kemudian dibungkus dan digredkan. Beras diambil oleh pemborong untuk di hantar pula kepada peruncit. kita hanya perlu membeli beras untuk di tanak menjadi nasi. Nak masak nasi guna dapur gas. Gas dihasilkan melalui pekerja petroleum

Nasi yang siap dimasak perlu ada lauk pauk. Ikan dibeli di pasar. Tanpa nelayan sudah tentu kita tak makan ikan. Ikan goreng perlu dicicah dengan sambal belacan baru berselera makan. Cabai ditanam oleh petani. Lesung batu untuk menumbuk sambal mesti ada kilang industri yang membuatnya.

Bayangkan hanya sepinggan nasi Allah telah kerahkan berapa banyak kepakaran dalam berbagai bidang pekerjaan. Tidak ada manusia di dunia ini yang boleh melakukan kesemuanya itu melainkan manusia perlu berkerjasama untuk hidup berkongsi ilmu dan kepakaran. Tetapi malangnya kita banyak melupakan nikmat Allah lalu dengan hanya sepinggan nasi kita sudah jadi sombong dan melupakan kesusahan orang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan