Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Khamis, 16 Disember 2010

Tanda Akhir Zaman (realiti) manusia sudah hilang sifat malunya


Nabi bersabda akan berlaku kepada umat akhir zaman di mana manusia sepertimana haiwan tidak ada lagi sifat malu. Realitinya kita dapat melihat di sana sini gelagat manusia. Paparan ini mungkin dapat menyentuh hati apa yang disabdakan oleh rasulullah saw itu adalah benar.

SINGAPURA - Seorang wanita bogel dilihat menaiki sebuah bas di Bedok kelmarin, lapor asiaoneNews semalam.

Gambar-gambar wanita itu berbogel menaiki sebuah bas dengan membawa beg di bahunya disiarkan di laman berita akhbar berkenaan.

Beberapa saksi memberitahu akhbar Lianhe Wanbao bahawa mereka melihat seorang wanita pertengahan umur menanggalkan pakaiannya sehelai demi sehelai semasa dia mendekati sebuah perhentian bas di Bedok pada petang kelmarin.

Akhbar berbahasa Cina itu melaporkan bahawa perhentian bas tersebut dipenuhi dengan orang ramai yang merenung aksinya.

Lima minit selepas menunggu, sebuah bas tiba dan beberapa saksi menyatakan dia berjalan di depan orang ramai untuk menaiki bas berkenaan.

Pemandu bas itu menghubungi polis apabila melihat wanita itu menaiki basnya dalam keadaan bogel.

Ekoran situasi itu, pemandu bas tersebut mengarahkan semua penumpang lelaki duduk di kerusi depan manakala wanita berkenaan duduk di kerusi bahagian belakang bas.

Salah seorang penumpang memberikan sehelai jaket kepada wanita tersebut untuk menutup tubuhnya.

Anggota-anggota polis kemudiannya menahan wanita tersebut dalam episod yang berlaku selama 45 minit.

Na'uzubillah...mintak berlindung kalau saya berada ditempat kejadian mahu terangkat ekor serban, hilang anak mata hitam tinggal mata putih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan