Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Khamis, 9 Disember 2010

3 Angka Keramat...

Orang yang beriman ada tiga tanda
1-Hatinya tidak akan terpaut kepada harta benda dunia
2-hatinya tidak akan terpesona dengan pujuk rayu
3-hatinya sentiasa membenci perbuatan lagha (sia-sia)

Orang yang 'alim' ada tiga tanda
1-Benar dalam pertuturan
2-Menjauhi yang diharamkan dan syubahat
3-Suka merendahkan diri (tawadhuk)

Orang yang ikhlas itu ada tiga tanda
1-Merahsiakan segala ibadahnya
2-Menyembunyikan akan segala sedekahnya
3-Merahsiakan segala musibah(ujian) yang menimpanya

Orang yang bertaqwa itu ada tiga tanda
1-Takut berlaku dusta dan keji
2-Sentiasa menjauhi kemungkaran dan maksiat
3-Memohon keberkatan dan Rahmat Allah.

Orang yang 'abid' (ahli ibadah ) ada tiga tanda
1-Sentiasa mengawasi diri (hazar)
2-Sentiasa menghisab diri (muhasabah)
3-Memperbanyakkan ibadah kpd Allah tanpa jemu.

Dipetik dari wasiat Nabi pada Syaidina Ali

Tiada ulasan:

Catat Ulasan