Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Jumaat, 17 Disember 2010

Sabar dalam musibah

Selesai saya berceramah. Sedikit jamuan dihidangkan secara ala kadar. Sempat bersembang dengan seorang ustaz. Saya tanyakan tentang perkhabaran anak-anak. Ustaz itu diam sambil matanya merenung wajah saya.

"Ustaz ada tak ada baca paper tahun lepas kisah seorang guru agama kehilangan 7 orang anak sekali gus akibat kebakaran rumah?" Saya geleng kepala. 'guru agama itu adalah saya ustaz"
Saya tersentak..cepat-cepat saya mohon maaf kalau pertanyaan saya menyentuh hati.

Tak apalah ustaz,saya redho dan pasrah dengan ketentuan Ilahi...semua itu adalah pinjaman belaka. bagi saya ustaz ini seorang yang sangat sabar. Wajahnya tenang. Saya bayangkan andaikata musibah itu berlaku kepada saya adakah saya mampu menghadapinya.

Lalu saya berdoa selepas solat "Ya Allah janganlah engkau uji hambaMu ini dengan ujian yang tak mampu aku memikulnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan