Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Khamis, 16 Disember 2010

Bagaimana Keadaan Kita Bila Mengadap Allah swt

Kita menangis orang lain juga akan menangis
Sedarlah...kita menangis kerana amal soleh kita yang sedikit.. Isteri dan anak kita menangis kerana kita suami dan bapa yang penyayang. jiran tetangga kita menangis kerana kita sentiasa ringan tulang membantu mereka. Sahabat handai akan menasngis kerana kita tak lokek membelanja mereka makan bila bertemu. Tetapi kita menangis kerana kita baik dengan manusia sedangkan hubungan kita dengan Allah terabai. lalu amalan baik kita pada manusia tidak membawa sebarang ganjaran pahala. yang menanti kita adalah azab..Lalu kita menangis kerana sesalan yg tidak berguna lagi.

Kita menangis orang lain akan ketawa
Orang lain ketawa kerana kejahatan kita sudah berakhir. Kita buat zalim pada orang.Kita tipu orang dalam perniagaan.Mulut kita capoi, mengumpat dan menfitnah. Kita menangis melihat bagaimana sempitnya kubur kita. Kita sudah nampak ular sujak Al-Aq'ra menanti utk mematuk kita. Kita menangis ketika jasad kita diangkat untuk dibawa ke kubur dalam keadaan kita tak sanggup berhadapan dengan Malaikat Munkar dan Nakir

Kita tersenyum sedangkan orang lain akan menangis
Mereka menangis melihat jasad kita yang terbujur kaku. Anak-anak mereka pandai baca Quran kerana kita. Mereka tahu hukum hakam agama kerana didikan kita. Masjid maamur kerana kehadiran kita. Kita tersenyum kerana tugas kita sudah selesai. Benih amal yang kita tanam menunggu masa untuk dituai. Kita tersenyum melihat kubur kita sudah bercahaya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan