Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Isnin, 27 Disember 2010

Natijah apabila Syariat Islam Diabaikan

Al-Quran adalah panduan yang diturunkan kepada umat Islam sejagat. Menolak Al-Quran berarti kufur kepada Allah swt. Mengikut ajaran Al-Quran berarti kita akan selamat di dunia dan akhirat. malang nya apabila Islam hanya disyiarkan dan tidak disyariatkan maka lahirlah manusia yang rosak akhlaknya dan rapuh imannya. Banyak manusia yang hilang pertimbangan apabila menghadapi kesusahan dalam hidup.

Manusia yang sudah hilang pertimbangan akan mengambil jalan mudah iaitu membunuh diri. Bunuh diri bagi mereka akan menghilangkan segala kesusahan sedangkan orang yang beriman amat yakin bahawa bunuh diri salah satu dosa besar dan akan dihumbankan ke neraka Allah untuk selama-lamanya.

Harian Metro 27 Dec.2010

MUAR: Seorang lelaki ditemui mati tergantung di rumah sewanya di Jalan Arab di sini, Jumaat lalu. Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, xxxxxx, 22, ditemui tergantung oleh abangnya yang tinggal serumah dengannya.

Abang mangsa, xxxxxxxx, 26, berkata kali terakhir dia berjumpa mangsa ialah sehari sebelum kejadian. Katanya, perangai mangsa berubah sejak seminggu lalu dan gemar mengurung diri di dalam bilik.

“Pada hari kejadian, arwah seharian mengunci diri dalam bilik menyebabkan saya dan rakan serumah lain mula mengesyaki sesuatu yang buruk lalu bertindak mengetuk pintu malah cuba memecahkan dinding bilik tetapi tidak berjaya.

“Kami kemudian memanjat dinding bilik dari luar rumah dan terkejut selepas mendapati mangsa dalam keadaan tergantung,” katanya.

Menurutnya, dia kemudian memaklumkan kejadian itu kepada polis sebelum mayat mangsa dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF). Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan