Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Selasa, 21 Disember 2010

Lantak Pi Lah

Kadang-kadang ada yang terlalu berani bercakap. "Aku buat dosa hangpa peduli apa? Mati nanti kubur asing-asing...?
Lantak pi lah....Kalau mati esok jangan dok susahkan orang ramai. mati sendiri,mandi sendiri, kafankan diri sendiri,dan seterusnya masuk kubur sendiri. Tetapi mampukah dia buat semua itu? pada ketika itu baru teringat imam,teringat ustaz,teringat tok lebai teringat orang surau dan masjid.

"Orang surau masjid bukan susah nak panggil datang rumah baca tahlil dan doa aruah. masak mee bihun goreng ke...pakat menderu datang walaupun aku nie tak pernah ke surau masjid. Depa nie jenis kelapag." Tak sakit hati ke ...dengar cakap macam nie. Dia ingat kita nie bulog sangat ke dengan makanan.
Lantak pi lah .... Bila buat majlis tahlil aruah tak ada siapa nak bacakan doa. Akhirnya baca doa makan jee. Nasi lauk pauk banyak tak habis. Salah sapa...tuu la mulut capoi sangat.

lagi cakap kita dengar "jangan dok jaga tepi kain orang" Masaalahnya kalau tak jaga kain orang, kita dok nampak kain tu dah koyak rabak. nanti kalau nampak tut---tut...tut tu siapa yang malu. Hangpa jugak yang malu. Jadi kita saling beringat. Tegur menegur nasihat menasihati memang dituntut dalam Islam.
lantak pi lah...kalau diri dah tak boleh ditegur langsung. cepat melenting akhirnya bila manusia sudah mengamalkan budaya hidup bernafsi-nafsi bala Allah akan turun baru padan dengan muka hangpa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan