Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Khamis, 9 Disember 2010

Jangan lama-lama duduk di empat tempat

Pasar (tempat banyak manusia berkumpul)
Dialog antara Rasulullah dan Syaitan menyebut pasar adalah tempat yang digemari oleh syaitam. Justeru jangan duduk lama-lama selesai urusan bersegeralah pulang. Jangan dok cuci mata tak pasai-pasai dapat dosa kering.

Ziarah orang sakit.
Dalam hadis menyebut jangan kita duduk lama-lama di sisi orang yang sakit kerana dibimbangi menganggu sipesakit untuk berehat. Kita datang untuk beri kata-kata semangat kemudian doakan agar cepat sembuh,bawa sedikit buah tangan sudah memadai. Beri peluang ia berehat secukupnya.Nak sembang panjang-panjang tunggulah dia sihat.

Di dalam tandas.
Duduk lama-lama dalam tandas buat apa. Tempat tu busuk digemari syaitan. Pi melengung dalam tu sambil menyanyi sampai dua tiga lagu. Apa... payah sangat ke benda tuu nak keluak kalau tak menyanyi.?? Lepaih qada hajat tu keluak la cepat-cepat.

Ketika bertandang di rumah orang
Dalam Islam adab bertamu hanya 3 hari jangan lama-lama nanti orang meluat. kalau lebih dari 3 hari bukan lagi boleh dianggab tetamu dan dia hendaklah dilayan sebagaimana biasa. Lagi satu yang datang sambil jual barang (jualan langsung) Kalau dah tuan rumah tak mahu jadi ahli jangan dipaksa-paksa duduk sampai berjam-jam lagi tak isi borang ahli lagi tuu lah dok kempen.
Kita nak berniaga biarlah ada keberkatan. Ini tidak main paksa-paksa confirm tak berkat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan