Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Khamis, 9 Disember 2010

Aaaagh......Rasa bengkak hati bila tengok..?

Bengkak rasa hati......
Kelmarin malam ketika dalam perjalanan untuk kuliah di Surau taman Semarak, Bagi signal utk belok kiri masuk ke stesyen minyak . Tiba-tiba berdesup motor potong sebelah kiri tersirap juga darahku dibuatnya. Bengkak juga hati bila tengok anak muda itu berpaling belakang dan tunjuk isyarat lucah padaku. Tak dak rasa segan atau malu pada serban jubah yang aku pakai.

Aku beristigfar,banyak-banyak bersabar. Ringan je mulut nak doakan, kalau dah bawak motor gila-gila biarlah exsiden sekali, biar padan muka..tapi tak tergamak.

Bengkak rasa hati...
Dalam miinggu ni saja dah 4 kali tayar motorku pancit. Tak tau pasai apa. Bengkak juga hati. Geram punya pasal bukan lagi ganti tiup dengan tayar luar sekali aku ganti walaupun tayar lama masih nampak elok.

Bengkak rasa hati...
Masuk Pasaraya Econserve terpandang beberpa mamat sedang berborak dekat dengan aku. Tapi yang buat hati aku bengkak,gaya cakap mereka macam orang lalok. Lu gua..lu..gua. Caya sama lu. Jerit kuat-kuat "aloo bro..give me five" Lepas tu datang pulak awek gelak kik...kik..kik Hangpa tu anak melayu. Melayu ni kaya dengan budi bahasa. sopan santun,hormat orang tua.Aku tercegat kat tepi tak respek langsung dengan ketayap yang aku pakai. Hampeh sungguh anak muda zaman sekarang.

Bengkak rasa hati...
Pergi pasar malam.Nak beli buah limau. biasalah tanya dekat pakcik penjual "manis tak buah limau ni? Confiden je jawab "gerenti manis..ni limau madu" Apalagi aku kaut dua kilo. Balik rumah rasa sebijik masam..tak apa lagi. Rasa lagi sebijik masam jugak...sabar lagi. Masuk yang ketiga pun masam juga mula berdengung telinga, bengkaknya hati rasa macam nak punggai buah limau tu kat kepala sipenjual kalau ada depan mata. hangpa nak untung jangan dok menipu. Jujur..Habak saja manis masam buah jangan sedap mulut kata 'gerenti'Nasib baik ingat aku ni ustaz.. cepat-cepat urut dada leftenan kolonel syaitan dah mula nak kacau perasaan aku.

Bengkak rasa hati...
Television sekarang terlalu banyak hiburan dan cerita yang bukan-bukan. Bengkak hati aku bila penerbit suka buat cerita yang bersambung-sambung nak bagi orang lalai. Ada sorang makcik tu sanggup sembahyang depan tv yg menayangkan cerita Halimah Jonggang. Sembahyang apa lagu tuu mulut kumat kamit baca fatihah mata dok kherlin skrin tv. Ni anak murid aku sendiri habak..mak dia cukup minat dengan Halimah Jongang. Aku jarang tengok tv sampai berita pun aku dah meluat nak tengok.

Nii...tengah taip blog pun hati bengkak sebab perut asyik memulas, sebab tengahari tadi terbeli ketam renjung lama. .. hilang manis rasa medak... mahal pulak tu 13 ringgit sekilo.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan