Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Isnin, 13 Disember 2010

Adakah Manusia Yang berfikiran Sebegini...?

Mak kpd Minah: "yerlah...anak saya belajar lulusan universiti. taknak lah bilang berape.tapi biarlah patut-patut. Selalunye yang belajar tinggi dalam lingkungan 10ribu. Tapi inilah satunye anak pompuan saya. Harap faham-faham jelah"..


Mak kpd Mat: "Saya paham maksud awak. Tapi saya harap awak pun pahamlah ye. Kalau terlampau tinggi harus ditangguhkan nanti. Biarlah dicepatkan, biar jauh dari maksiat"..

Mak kpd Minah: "Kalau awak tak mampu. anak saya ni bukan tak laku. Ada banyak lagi yang tengah tunggu. Dahlah harga rendah, nanti ape pulak orang cakap"

Mat: "Yerlah Makcik..makcik ni jual anak ke jual kereta? takda cam gini, sekarang jugak saya bayar DOWNPAYMENT 2ribu. Saya bawak balik anak makcik, malam ni saya TEST DRIVE dulu semua.. Kalau dalam sume baik, jangan cakap 10ribu.. 12ribu pun saya berani letak. tapi kalau dah LEMAU, ENJIN pon tak bagus.. TU!!.. anak makcik dengan deposit deposit sume makcik boleh simpan!!..

Berdasarkan dialog diatas yang saya rujuk kepada http://www.ohtidak.com/oh-wang-hantaran-punya-pasal-kisah-benar mengambarkan keadaan masyarakat akhir zaman yang mementingkan materialistik. Kenapa terpaksa meletakkan hantaran tinggi. Mungkin kerana Kos sewa pelamin tiga ribu. Sewa band dan DJ mungkin 400 ringgit. Kontrak masak dan khemah 20 ribu dan banyak lagi kos-kos lain yang terpaksa ditanggung.

Bagi pemuda yang bernama Mat spt dalam dialog di atas tidak sewajarnya bersikap biadap dan celupar. Sewajarnya gunakan bahasa yang lebih sopan. Mungkin kerana rasa kecewa kut sehingga terlepas kata-kata seperti itu.

Sesungguhnya dalam Islam untuk mendapatkan keberkatan dan kebahagian biarlah dipermudahkan segala urusan. Buat sekadar ikut kemampuan dan jangan nak menunjuk-nunjuk. Sebab karenah orang tualah mungkin banyak anak muda yang kahwin lari nikah di Siam...siapa yang malu???Atau lebih dahsyat mereka bersekedudukan tanpa nikah.
Nauzubillah min zalik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan