Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Khamis, 16 Disember 2010

Tanda Akhir Zaman (realiti) Lahirnya golongan meterialistik

Habib Toumi of Gulf News – Ogos 15, 2010

Manama: Seorang lelaki muda Qatar memerlukan sehingga satu juta riyal (RM863,146) untuk berkahwin dalam masyarakat di mana kekayaan telah menjadi satu-satunya simbol status sosial yang diterima.

Masalahnya ialah sekalipun Qatar adalah sebuah Negara yang sangat kaya, di mana pendapatan per kapita rakyatnya mencecah $100,000 (RM86,315), tidak semua mampu mengeluarkan belanja bagi satu perkahwinan biasa.

Terutamanya apabila majlis perkahwinan berlangsung dalam masyarakat kecil Qatar yang masih mengutamakan cara tradisi, lapor akbar The Peninsula kelmarin.

Di Malaysia pun perbelanjaan untuk berkahwin meningkat. Tak dak 10 ribu ringgit dalam simpanan jangan dok gatai nak kahwin. Itu baru wang hantaran kahwin bukan lagi perbelanjaan kenduri kendara. Akhir zaman memang lagu tu...manusia akan berlumba-lumba nak menunjukkan kemewahan walaupun terpaksa berhutang keliling pinggang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan