Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Jumaat, 10 Disember 2010

Hanya RM 10 di penjara 4 tahun..

KUANTAN – Akibat meragut beg uncang mengandungi wang RM10 milik seorang pelajar perempuan, seorang penjual ikan dikenakan hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Hakim Irwan Suaibon menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Nik Khairul Azmi Salleh, 28, dari Triang, Bera selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap perbuatan yang dilakukannya pada 12 November lalu.

Irwan menjatuhkan hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh Nik Khairul ditangkap selepas tertuduh merayu supaya diringankan hukuman kerana isterinya baru melahirkan anak yang kini berusia tiga minggu.

Selain wang, uncang tersebut mengandungi kunci rumah, MyKad, buku bank dan surat hospital.

Nik Khairul dituduh mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 14 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat.

INFO;Kosmo

Komen
mshah
Rekrut


Kalau ikan bilis yg buat, memang berat hukuman. Dilenyek hancur lumat dalam sambal. Kalau jerung yg buat, terlepas mcm tu je. Payah nak tangkap. Tengok gigi jerung dah kecut perut. Nak tangkap dan dakwa macamana. Ikan jerung mudah terlepas. Orang tengok sahaja sebab jerung ni jarang nak kita lihat dan haiwan kawalan. Nak rasa sambal ikan jerung payahlah nak dapat, tidak seperti kalau kita nak makan sambal ikan bilis, mudah dapat dimana2.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan