Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Isnin, 13 Disember 2010

Menerima hadiah dalam Islam

Antara keistimewaan penduduk Taiping dan Kamunting ialah mereka sangat pemurah. kalau mengajar di Masjid dan surau mereka suka menghadiahkan para ustaz dan tuan guru dangan wang ringgit ketika bersalaman. Pada mulanya saya rasa sangat pelik dan janggal untuk saya menerimanya kerana saya mengajar bukan kerana wang.

Apabila saya berbincang dengan Tok-tok guru yang dah lama mengajar di tempat ini barulah saya faham. Rupanya mereka memberi sebagai hadiah tanda terimakasih di atas ilmu yang diberikan. kalau kita menolak takut mereka anggap kita sombong pulak.

Saya merujuk kepadfa beberapa hadis diantaranya hadis yang tertera di bawah ini

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Sekiranya aku di jemput menghadiri sesuatu majlis mahupun kecil atau besar nescaya aku menerima jemputan tersebut sdan sekiranya aku dihadiahkan sesuatu barang yang bernilai atau tidak nescaya aku menerimanya juga,"(Hadis Riwayat Al- Bukhari)
  • Dalam keidupan bermasyarakat,kita hendaklah menjaga hati dan perasaan orang lain agar hubungan silaturahim sentiasa terjaga selain dapat menghindari perselisihan faham yang mengakibatkan perbalahan dan perpecahan
  • Rasulullah SAW contohnya tidak pernah menolak sebarang pemberian atau hadiah dan baginda juga tetap menerima apa jua bentuk jemputan tanpa membezakan sama ada kecil,besar,kaya ,miskin atau sebagainya
  • Orang yang memilh-milih jemputan bagi sesuatu jamuan atau hadiah yang diberikan kepadanya adalah mempamerkan sifat orang yang sombong dan bongkak sedangkan sifat ini adalah dilarang di dalam Islam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan