Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Selasa, 10 Januari 2012

Melepaskan batuk di tangga ..betul ke peribahasa ini?

Pelik juga kenapa “melepaskan batuk di tangga” Itu bermaksud buat kerja separuh jalan? betul kan?

Cikgu-cikgu Bahasa Melayu takde bagi penjelasan lebih mendalam kenapa kerja separuh jalan umpama batuk di tangga. Atau tukar batuk keoada bersin Contoh melepaskan bersin di tangga atau bersendawa ditangga

Yang sebenarnya bukan batuk, tapi batok. Disebabkan perubahan ejaan jawi ke rumi, ramai orang tersalah anggap bahawa batok tu bermaksud batuk.

Apa batok tu? Batok tu sebenarnya sejenis perkakas yang diperbuat daripada tempurung kelapa. Adat orang Melayu, sebelum naik ke atas rumah, kita akan basuh kaki dulu dekat tempayan. Batok digunakan untuk menceduk air dari tempayan. “Melepaskan batok di tangga” bermaksud kita tak letakkan balik batok dekat tempat asal, iaitu kita tinggalkan macam tu je dekat tangga lepas guna. Macam lepas guna getah paip dalam tandas, tak letak hujung dia dekat pemegang lah lebih kurang. Daripada situlah ia bermaksud buat kerja separuh jalan.

Inilah contoh batok bagi orang yang tak pernah tengok

Tiada ulasan:

Catat Ulasan