Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Sabtu, 21 Januari 2012

Secebis kisah abstrak...Tak kisahlah kalau hangpa tak faham.

Al-kisah terdapat sebuah pulau. Tinggallah berbagai-bagai benda abstrak antaranya CINTA,KESEDIHAN,KEGEMBIRAAN,KEKAYAAN,KECANTIKKAN dan sebagainya.. Mereka ini senantiasa bersama dan hubungan mereka sentiasa baik dan harmoni.

Namun suatu ketika satu musibah telah menimpa kepulauan itu. Ombak besar melanda,lautan bergelora dan air laut meningkat naik dan sedikit demi sedikit akan menenggelamkan pulau itu. Penghuni pulau berusaha menyelamatkan diri. CINTA sangat kebingungan lantaran ia tidak mampu berenang serta tidak ada perahu untuk menyelamatkan dirinya. Ia berdiri di tepi pantai mengharapkan pertolongan sedangkan air sudah menenggelamkan ke paras buku lalinya.

Seketika CINTA melihat sahabatnya KEKAYAAN sedang mengayuh perahu. CINTA merayu untuk menumpang perahu KEKAYAAN. Lalu berkatalah 'KEKAYAAN...Aku tak dapat membawamu bersama denganku nanti perahuku akan karam" Ia cepat-cepat berlalu...meninggalkan CINTA yg masih terpinga-pinga.

Tiba-tia ia terpandang perahu yg dinaiki oleh KEGEMBIRAAN. "Selamatkan aku KEGEMBIRAAN...!" jerit CINTA, ketika itu air sudah di paras pinggangnya. KEGEMBIRAAN tersangat gembira sehingga tidak memperdulikan kiri dan kanannya yang penting ia selamat dengan perahu yg dinaikinya. Ia berlalu pergi sambil tersengeh-sengeh.

Aduh...malangnya nasibku .."getus CINTA. air semakin naik keadaan menjadi semakin terdesak sehingga harapannya berbunga kembali melihat perahu yg dinaiki oleh KECANTIKKAN. "Ada harapan ni..." hati kecilnya berkata-kata. Belum sempat dia berkata apa-apa, KECANTIKKAN sudah berteriak "Aku tak boleh membawea mu CINTA...! kamu berkeadaan kotor dan basah dan aku tak mahu perahu aku kotor keranamu.

CINTA mula pasrah, mungkin sebentar lagi ajalnya akan menjelang tiba. Air sudah melepasi paras dadanya...Ia mula menangis teresak-esak. Saat itu Perahu yang dinaiki oleh KESEDIHAN menghampiri dan menyatakan 'aku juga sedang meratapi kesedihan in...i dan...aku ingin bersendirian sahaja. Dengan longlainya ia mengayuh perahunya meninggalkan CINTA.

CINTA telah putus asa. Air telah mula menerjah masuk ke lubang hidungnya. Pada saat yg kritikal ini tiba-tiba ia mendengar satu suara lembut dan syahdu. "CINTA...! cepat naik atas perahuku. Kita akan menuju ke daratan yg terdekat itu' Sampai di daratan CINTA diturunkan dengan selamat dan perahu itu terus berlalu mencari dan terus mencari siapakah yg perlu diselamatkannya.

Pada saat itu barulah CINTA sedar bahawa ia sama sekali tidak mengetahui siapakah yang menolongnya sebentar tadi. CINTA segera bertanya kepada penduduk di daratan itu , lalu mereka memberitau itulah KETULUSAN.

Sukarnya mencari sahabat yang dipanggil ketulusan ini. Manusia kadangkala hanya indah dibibir sahaja tetapi hati lain bicara. Fahami dan renungilah kisah ini moga ada menafaatnya.

Al-fakir i'ndillah
Saidin Hasnam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan