Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Rabu, 4 Januari 2012

Berita macam nie yang seronok di dengar


Kalau dah asas agama kuat. Dapat didikan agama yang mencukupi kemana pun ia pergi tetap tidak hilang identiti keislamannya dan sesekali tidak akan terpengaruh dengan budaya liar dan songsang di Negara asing.


Anak kelahiran Kelantan yang menduduki tempat pertama dalam SPM 2006 dengan 17 A1 dan 12A, kini sedang membuat jurusan perubatan (Medicine) di Universiti of Nottingham UK. Beliau ialah Siti Fatimah Mukhtar

Masih kekal dengan imej tudung labuh,masih kekal dengan jati diri sebagai seorang rakyat Malaysia dan sebagai seorang muslimah. inilah watak yg seharusnya menjadi contoh kepada seluruh anak muda dan para pelajar di seluruh negara


Masa lapang digunakan untuk mengajar dan bersama-sama bertadarus Al-Quran dengan teman-teman di sekitar Nottingham UK. Majlis tadarus ini dihadiri oleh para pelajar Malaysia,Brunei dan Indonesia yang mana bacaan mereka di semak oleh Fatimah yang telah menhafaz 17 juzuk Al-Quran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan