Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Sabtu, 21 Januari 2012

Tak sanggup aku.....hidup sorang-sorang

Aku tak boleh nak bayangkan, kalau aku duduk sorang-sorang tanpa teman dan saudara mara. Kalau duduk rumah seminggu tanpa anak-anak dan isteri pun dah mati kutu dibuatnya. Itu tak kena buat ini pun tak kena. Beruk matyek kalau hidup menunggal boleh mati meragan inikan pula kita manusia.
Tetapi wanita ini boleh hidup bersendirian di sebuah kota selama 7 tahun. Memang pelik sungguh. Eiler seorang wanita menjadi bahan berita di beberapa buah akhbar setelah suaminya meninggal dunia. Dia menjadi satu-satunya penduduk kota Monowi dan hidup seorang diri selama 7 tahun sehingga hari ini.

Eiler dan suaminya mendiami kita ini sejak 1971. Setalah kematian suaminya ia enggan berpindah dan menghabiskan masanya dengan membaca kerana di sana terdapat perpustakaan yg diuruskan olehnya sendiri dan mengandungi lebih kurang 5 ribu buah buku.Kini ia berusia 77 tahun dan masih sihat dan tidak tergerak langsung dalam hatinya untuk meninggalkan kota sepi tanpa penghuni ini. Kota ini terletak di bahagian timur laut Nebraska Amerika Syarikat.
Desa Monowi mula didiami sejak 1930an lagi. Sejarah mencatatkan bilangan penduduk Monowi sekitar 130 orang. Tetapi setelah berlaku penghijrahan penduduknya keluar untuk mencari pekerjaan akhirnya kota ini hanya di diami olehj Eiler dan suaminya sehinggalah kematian suaminya.

Persoalannya...tak takutkah wanita tua ini duduk seorang diri?. Dunoia-dunia macam-macam boleh berlaku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan