Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Selasa, 10 Januari 2012

Mencari Hidayah - Satu persatu artis ingin kembali kepada Islam

Kehadiran Zizan Raja Lawak dalam sambutan tahun baru bersama Ust Azhar Idrus telah meninggalkan satu fenomena yang hebat. Lebih 80 ribu yang hadir dan turut dihadiri juga oleh artis-artis yang jiwa mereka telah berubah untuk mencintai Islam.

Seorang lagi selebriti terkenal dalam dunia artis khususnya dalam bidang lawak iaitu Bob Kuman mula mengkagumi Ust Azhar Idrus dalam menarik para artis untuk mendekati Islam. Beliau sentiasa mendengar kuliah Ustaz Azhar Idrus dalam You tube. Baru-baru ini dengan izin Allah beliau dapat menghubungi ustaz Azhar sendiri menerusi no telefon yang beri oleh Zizan dan menyatakan kesediaannya untuk bersama-sama memperjuangkan Islam yang Maha suci ini.

Allahuakbar...Inilah kuasa Allah, Allah akan memberi hidayah kepada siapa yang dikehendakinya


Tiada ulasan:

Catat Ulasan