Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Ahad, 15 Januari 2012

4 jam harimau ini mengekori mangsanya..

Dulu aku pernah membaca kisah seorang ibu tunggal penoreh getah di Kemahang berdepan dengan seekor harimau besar yg bersiap sedia utk membahamnya. Namun ia terselamat hanya dengan laungan takbir berkali-kali, Ini menyebabkan harimau itu melarikan diri.

Semalam satu lagi insiden kali ini berlaku di Perak di Kg Changkat Jambu apabila dua beranak Rohani Osman(50) dan anaknya Mastura Kamarudin (16) berdepan dgn detik yg amat mencemaskan apabila diekori olah harimau belang selama 4 jam. Nasib baik mereka tahu sedikit petua apabila berhadapan dgn Pak Belang iaitu jgn sesekali berpaling sebaliknya berjalan dgn mengundur kerana harimau akan mula menerkam apabila melihat batang tengkok mangsa.

Nasib baik mereka membawa telefon bimbit bersama dan anaknya memelefon saudaranya agar menghubungi pasukan Rela dan akhirnya harimau yg ketinggian separas pinggang itu berjaya di tembak mati. Inilah cabaran yg terpaksa ditanggung oleh penoreh getah dibukit terpaksa menyabung nyawa utk mencari sesuap nasi. Justeru kita akan lebih bersyukur apabila dlm kehidupan duniawi kita melihat orang yg lebih susah daripada kita. Nasib baik aku punya kebun sawit bukan tepi hutan rimba tuu pun ada juga kerbau pendek traktur tanah...hampeeh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan