Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Rabu, 4 Januari 2012

Inilah yang dikatakan "Maju kena mundur pun kena

Inilah nasib para pendidik. Mesti akur dengan setiap arahan orang atasan. melawan prestasi rendah, tak melawan macam-macam kena buat termasuk dipaksa menderma 50 ringgit untuk kerusi meja murid. Inilah keluhan seorang guru di Dengkil mau tak mau kena bagi jugak meskipun tanpa kerelaan.

Bagi persediaan Penggal Persekolahan 2012 ini, 'Touch Point' Menteri Pelajaran ialah 1 Murid 1 Meja 1 Kerusi 1 set Buku Teks. Saya amat gembira dengan adanya 'touch point'tersebut di mana saya menganggarkan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah pun membuat pengagihan secukupnya bagi meja, kerusi dan buku-buku teks kepada setiap sekolah untuk setiap murid.

Namun begitu saya difahamkan hanya murid Tahun 1 dan Tingkatan 1 sahaja diberi keutamaan untuk mendapat kelengkapan tersebut. Jadi bagaimanakah nasib murid-murid lain di sekolah?

Saya seorang warga pendidik yang agak keliru dengan apa yang berlaku sekarang. Saya telah menghadiri Mesyuarat Guru Kali Pertama Bagi Tahun 2012 di sekolah saya di Dengkil.

Pihak pentadbir sekolah telah membuat keputusan untuk meminta guru-guru menyumbangkan RM50.00 seorang bagi menampung kos pembelian meja dan kerusi murid bagi sesi persekolahan 2012. Manakala murid pula akan diminta untuk membayar RM10.00 seorang bagi tujuan tersebut.

Menurut pihak pentadbir, keputusan ini terpaksa dibuat kerana sekolah berada dalam keadaan kritikal untuk menyediakan meja dan kerusi bagi murid.

Justeru saya masih lagi terfikir-fikir akan siapakah sebenarnya yang bertanggungjawab untuk menyediakan kelengkapan murid tersebut? Saya bukan mahu berkira tetapi saya berpendapat ada pihak yang lebih bertanggungjawab dapat menyelesaikan perkara ini.

Walaupun RM50.00 itu nampak kecil jumlahnya, janganlah kos penyediaan meja dan kerusi murid diletakkan di bahu guru kerana guru juga mempunyai tanggungan lain yang perlu diselesaikan.

GURU KELIRU
Dengkil, Selangor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan