Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Jumaat, 4 Mac 2011

Misteri tentang "tangisan" pokok petai...Terungkai



Riang-riang dapat dilihat mengawan pada batang dan dahan pokok petai
Kepala Batas, Misteri tentang "tangisan" pokok petai di Kampung Lembah Raja di sini akhirnya terungkai.

Titisan air dari pohon setinggi 10m tidak ada kaitannya dengan alam ghaib, sebaliknya hanya air kencing atau bahan kumuhan cecair yang dihasilkan oleh sekumpulan cengkerik, yang dikenali sebagai Riang-Riang di kalangan penduduk tempatan, yang mengawan pada batang dan dahan pohon itu.
Seorang pakar cengkerik, Prof Dr Zaidi Mat Isa, menepis dakwaan kononnya titisan cecair itu memiliki khasiat untuk menyembuhkan penyakit.

Beliau juga menyarankan kepada sesiapa yang telah minum air itu untuk berhenti meminumnya meskipun tidak mempunyai kesan berbahaya.

Profesor Dr Zaidi, yang telah mempelajari spesies Riang-Riang sejak tahun 1990, bersara dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2006. Dia mengatakan bahawa titisan air yang diperkatakan mungkin dihasilkan oleh cengkerik betina yang teruja semasa proses persenyawaan.

"Titisan air boleh dalam bentuk air kencing, atau dihasilkan sebagai respirasi dari cecair berlebihan yang digunakan oleh serangga sewaktu mengawan," katanya semalam.

Zaidi berkata isipadu cecair yang dihasilkan oleh serangga itu bergantung pada bilangan kumpulan serangga itu.

Beliau menambah, bahawa kehadiran cengkerik boleh dikenal pasti dengan suara dengung yang dihasilkan oleh cengkerik jantan yang cuba untuk menarik perhatian cengkerik betina.

Pemerhatian terakhir oleh wartawan New Straits Times menunjukkan ada sekumpulan cengkerik pada batang dan dahan pohon petai. Terdapat ramai penduduk yang tidak melepaskan peluang melihat fenomena yang dianggap luar biasa.

Beberapa peniaga yang merupakan penduduk kampung di situ mendirikan gerai-gerai untuk menjual minuman dan makanan di lokasi di mana pokok petai itu dianggap "menangis" sebelum ini.

Terdahulu dilaporkan bahawa beberapa orang penduduk tempatan yang telah meminum titisan air dari pokok petai itu, dan mereka percaya bahawa ia mempunyai kuasa menyembuhkan penyakit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan