Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Rabu, 9 Mac 2011

Cerita tentang angin..

I-ANGIN
Ciptaan Allah yang amat berharga. Ada angin sepoi,angin sejuk dan manusia akan kepanasan tanpa angin. Angin juga boleh membawa malapetaka pada alam. Ribut taufan,puting biliung sebahagian dari musibah yang memusnahkan harta benda dan nyawa manusia. kaum Aad musnah akibat angin kencang yang dahsyat.

II-ANGIN-ANGIN
Manusia yang angin-angin susah untuk dikawal.Cepat marah, cepat melenting kalau ada kesilapan walaupun sedikit. Ia berkait rapat dengan kepala angin.

iii-ANGIN PASANG
Penyakit yang berlaku pada orang lelaki. Ia mungkin melibatkan masaalah kelenjar

iv-BELAGA ANGIN
Ini satu masaalah. Suami isteri yang sering belaga angin hidup mungkin tak bahagia. Masing-masing tak ngam.

v-ANGIN SENGGUGUT
Yang ini aku tak tau nak cerita. Penyakit orang perempuan. Mungkin berkait dengan kitaran haid yg tak menentu

vii-BANYAK ANGIN
Orang yang banyak angin memang tak selesa apatah lagi bila berada dikhayalak ramai. Pakar pengkaji angin telah mengklasifikasikan manusia yang banyak angin ini kepada beberpa kategori

1-Buang angin kemudian cepat-cepat mengaku melambangkan orang yang jujur
2-Menuduh orang lain buang angin dengan wajah selamba lambang seseorang yang hipokrit
3-Selepas buang angin semua orang tak tahu menandakan dia seorang yang misterius
4-Suka tahan angin berjam-jam melambangkan seorang yg bengong
5-Tahu pulak bila nak lepaskan angin menandakan dia seorang yg berwawasan
6-Orang yang ada akhlak lepaskan angin ditempat yang sunyi
7-Orang yang kurang ajar ialah melepaskan angin beserta dengan isinya sekali
8-Orang yg pemalu -melepaskan angin tanpa bunyi tapi muka tersipu-sipu maklumlah bau petai
9-Orang yg ada strategi - melepaskan angin sambil ketawa terbahak-bahak supaya orang tak perasan
10-Orang pintar - Boleh membezakan angin lelaki dengan angin perempuan
11-Orang yg ramah - Suka menghidu bau angin yang dilepaskan oleh orang lain
15-Orang yang haram jadah -orang yg buang angin ditutup dengan tangan lalu dipekup ke lubang hidung orang lain

Tiada ulasan:

Catat Ulasan