Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Selasa, 29 Mac 2011

Sabor aje lee...?


Pengalaman tak boleh dijual beli. Semakin jauh perjalanan semakin banyak pengalaman yang dapat dikutip. Selama seminggu aku berkelana di Ibukota Negara China ada beberapa peristiwa yang tak dapat dilupakan.

Di takdirkan wajahku mirip wajah cina dimana sahaja aku pergi banyak orang cina bercakap bahasa mandarin dengan aku. Sehingga seorang jurucakap satu premis menjual permata jed bersungguh-sungguh menyatakan aku nie dari keturunan cina atau jepun. Lantak pii lah kat hangpa, cina ke... jepun kaa..yang betulnya aku nie ada darah kulaan niring napa takurihing..he..he..hi

Satu peristiwa lagi ketika nak naik ke Istana Maharaja Kuno. Kawalannya agak ketat. Di sana ada dua lorong satu untuk pelancong dan satu lagi untuk rakyat tempatan. Pemeriksaan untuk rakyat tempatan agak lebih ketat. Ada ke patut bila sampai depan polis dia cepat-cepat tarik tangan aku supaya masuk lorong rakyat tempatan sambil bercakap bahasa cina mungkin nak bagi tau aku salah lorong. Bila diberitahu aku pelancong Malaysia baru dia lepas. Susah juga kalau dah wajah macam cina jepun...member-member dok pakat gelak kat aku.

Berlatar belakang pohon sakura...bunga Sakura baru nak berkembang.memang cantik


Tiada ulasan:

Catat Ulasan