Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Jumaat, 18 Mac 2011

Apakah yang paling lazat ...?

Amru al as telah bertanyakan pemimpin yang agong iaitu Muawiyah, Amru bertanya Muawiyah " Apakah yang paling lazat dalam hidupmu?, Lantas Muawiyah menjawab "semua aku dah miliki iaitu pangkat,harta dan semuanya aku dah ada, maka seandainya aku panas dan kehausan maka aku minum air segelas yang telah menghilang haus ,itulah yang paling lazat bagiku".

kemudian Muawiyah tanya pada Amru" apa yang paling lazat bagi engkau pula wahai Amru? maka amru menjawab semuanya aku dah ada dan yang paling lazat ialah aku mempunyai sebidang tanah untuk aku bercucuk tanam"

Kemudian Amru dan Muawiyah tanya pengawal istananya"Apa yang paling lazat dalam kehidupan engkau wahai pengawalku?? Lantas pengawal menjawab" Apa-apa yang aku lakukan kebaikan di atas muka bumi bukannya balasan wang ringgit yang ku inginkan ...Tetapi aku tunggu balasan oleh Allah selepas aku mati nanti" Itulah perkara yang paling lazat di dalam hidupku.Maka AMru dan Muawiyah tergaman dan mengangguk-angguk kepalanya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan