Pada awalnya berjalan dengan baik tetapi selepas dinikahkan dan upacara membatalkan air sembahyang berlakulah sessi bergambar. Yang dahsyatnya mereka sanggup berpelukkan di dalam masjid sambil melakuikan pelbagai aksi. Berbulu mata menengoknya. Saya telah meluah rasa kurang senang pada salah seorang AJK Masjid dan beliau telah mengambil tindakkan menutup lampu dan mengarahkan mereka bergambar di luar masjid.
Bukan tak boleh akad nikah di masjid tetapi jagalah adab berada dalam rumah Allah. Kalau lihat pada gambar di bawah rasanya pak imam pun meleleh air liur dibuatnya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan