Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Isnin, 7 Mac 2011

Adat mengatasi ibadat

Aku memang respek habis pada wanita berpurdah. Tetapi biarlah niat memakainya kerana Allah.Tetapi kalau kerana adat tradisi semata-mata ia satu kesilapan yang besar. Apatah lagi. menghalang suami menatap wajah isteri tercinta.

Isteri adalah pakaian suami begitulah sebaliknya. Nak pakai seksi depan suami tiada larangan. Kisah seorang perempuan ahli syurga menyambut kepulangan suaminya dengan tangan kanan memegang gelas, tangan kiri memegang rotan semambu dan kain terselak tinggi membuktikan isteri adalah hak suami sepenuhnya. Namun ada juga satu daerah di Arab Saudi menjadikan purdah sebagai tradisi kehormatan wanita dan tidak boleh dicemari meskipun suami sendiri..

Kisah seorang lelaki arab yang berkahwin selama 30 tahun.Anehnya, si suami sama sekali belum pernah melihat wajah istrinya. Hanya matanya yang mampu dipandang selama hidup bersama.

Sepanjang hidupnya, si isteri selalu mengenakan burka, purdah tertutup bagi wanita muslim yang hanya memperlihatkan mata. Bahkan, tidur pun mengenakan purdah itu.

Diam-diam, si suami nekad menyingkap burka (furdah) di wajah isterinya yang tengah lelap tertidur.

Si isteri yang sudah berusia 50-an tahun merasa dikhianati. Ia nekad untuk bercerai, meskipun suaminya sudah berulang kali meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya.


http://pibillwarner.files.wordpress.com/2010/09/burqadebate.jpg?w=640&h=420


Apa yang dilakukan wanita itu merupakan bentuk kepatuhan terhadap tradisi yang tumbuh subur di kampungnya, tak jauh dari Khamis Mushayt, wilayah barat daya Arab Saudi. Ini bukan ajaran Islam, namun tradisi ini tumbuh subur di sejumlah kawasan terpencil di beberapa negara Teluk.


Om Rabea al-Gahdaray, 70, salah satu wanita yang menjalani tradisi ini mengatakan bahwa suami tidak boleh melanggar komitmen yang telah disepakati sebelum pernikahan. Suami tak boleh mengubah tradisi yang telah diamalkan sejak zaman nenek moyang mereka.

Saat ditanya bagaimana boleh memiliki anak tanpa mengizinkan suami melihat wajah dan tubuhnya, al-Gahdaray menjawab, "Pernikahan itu tentang cinta, bukan wajah."

Kahwin apa nye kalau muka tak boleh tengok. Yang pompuan pun bengong sanggup menyusahkan diri. Islam telah meletakkan martabat wanita di tempat yang paling sesuai. Inilah punca kalau tak mendalami ajaran Islam dok taklik membabi buta.

Pesan saya pada wanita berpurdah. Pakailah atas dasar taqwa bukan atas dasar suka-suka. Namun begitu aurat bagi wanita ialah seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan. Dibolehkan diperlihatkan wajah selagi mana tidak mendatangkan fitnah. Diharamkan wanita mendedahkan auratnya dihadapan adik ipar lelaki atau abang ipar pabila berkunjung ke rumah mertua. Ingat sehelai rambut yang dilihat oleh orang yang b ukan mahramnya akan disimbah dengan api neraka selanma 700 tahun. (Tanbihul Ghafilin)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan