Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Ahad, 20 Mac 2011

Telur dadar...cemuih aku dibuatnya


Masaalah besar bila berada di bumi asing yg mejoriti penduduknya non muslim ialah soal pemakanan. Sebelum bertolak ke Beijing inilah satu subjek yg berlegar dalam pemikiranku. Adakah makanan halal di sana dan bagaimana bentuk penyediaannya. Meskipun telah dimaklumkan terdapat restoren halal tetapi adakah makanan itu sesuai dengan selera kita orang melayu.

Memang dah rancang 7 hari di sana nak bawa roti, sardin dan pelbagai makanan kering tetapi dalam kelam kabut nak uruskan macam-macam sebelum berangkat segalanya boleh terlupa sehingga kapal terbang mendarat di lapangan terbang Tianjin barulah sedar aku tak bawa bekal makanan spt yg telah dirancangkan.

Rombongan kami dibawa untuk makan malam di restoren halal di Beijing. masuk saja aku dah rasa lain macam. Tingkat bawah menyediakan makanan tidak halal dan tingkat atas untuk muslim.

Bau masakan cina memang meloyakan sebab aku tidak suka bau bawang putih. Masakannya cukup simple,telur dadar, kobis goreng, sayur sawi,kentang dan air teh cina tanpa gula. Satu meja 10 orang berhimpit dengan pinggan nasi yang kecil(bukan pinggan tetapi piring) Ini budaya masyarakat di sini mereka makan sikit-sikit.

Rupa-rupanya baru aku tahu telur dadar dengan sayur kobis adalah menu wajib kerana seminggu berada di sana inilah yg dihidangkan setiap hari. Cemuih sungguh!! (cemuih ni bahasa utara maknanya jemu yg teramat sangat)

Bukan aku sorang semua orang kata lagu tuu. "Saya ni ustaz...belahak pun bau telok nampak gayanya balik Malaysia nanti tobat tak makan telok sebulan" kata seorang sahabatku."Aku tengok muka hang sebijik macam muka telok" sampuk seorang lagi sahabat.

Seorang pekerja di kedai/premis jualan permata berasal dari Cheras,dah kerja di sana selama 7 tahun ketika memberi taklimat pada kami menyatakan di sini masakannya memang tak sedap. main campak-campak saja tak ada ramuan rempah ratusnya. Sawi campak dalam air panas, bubuh garam sikit sudah siap untuk dimakan. Sebab itu 2 hari terakhir aku di sana memang anak tekak tak boleh terima kalau paksa jugak takut terkeluar balik.

Pada teman-teman atau siapa saja yang teringin nak melawat China, bawak-bawaklah apa makanan yg patut takut hangpa jadi macam aku. Cemuih...cemuih dan cemuih.

2 ulasan:

  1. baru balik dr beijing..alhamdulillah selsema, so tak de deria bau sgt..makan je apa yg dihidangkan..kalo le tak selsema..mmg le tak leh nk makan...apa pun percutian ke beijing mmg best!

    BalasPadam
  2. Insyaallah ada rezki mungkin boleh pergi melancong tempat lain pulak

    BalasPadam