Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Selasa, 29 Mac 2011

Dunia ini terasa kecil...


Buaya yang dijual di Pasaraya Besar Tianjin (Buaya pun depa makan)

Selesai solat jamak taqdim zohor asar di sebuah Mesjid di kota Beijing tiba-tiba aku disapa oleh seorang ahli jamaah pengajian ku yang sentiasa mengikuti kuliahku di Surau Taman Merdeka Pekan Selama. memang aku terperanjat sangat dapat jumpa dia di sini dan dia pun terkejut jugak. Rupanya dia ketua rombongan dari Syarikat Andalusia yang membawa pelawat melawat China. Di samping itu beliau juga turut membawa jamaah umrah dan haji.

"kalau saya tahu ustaz ada tadi bolehlah saya minta ustaz mengimami solat untuk ambil berkat.."Katanya. Menurutnya kalau saya ada kelapangan boleh join dia untuk membawa jamaah umrah. Saya kata insyaallah kalau ada rezeki.

Ketika selesai makan di sebuah restoren halal, saya diterpa oleh seorang lagi pelawat malaysia tak pasti dari syarikat mana. beliau juga adalah salah seorang dari jamaah pengajianku. sampai di lobi hotel jumpa seorang lagi yang mengenali diriku... Allahuakbar, akhir zaman ni rasanya dunia sangat kecil... ingat sampai di sini tak dak sapa yang kenal rupanya banyak kenalan yang mengenali diriku.

Namun pengembaraanku kali ini memang berbaloi. Pemandu pelancung Ah Yong yang begitu peramah dan acara yang begitu padat rasanya masing-masing ahli rombonganku rasa puas dan gembira dengan lawatan kali ini.

fakta menarik tentang Beijing
-Tahukah anda bahawa 35,000 masjid di serata negara China. Di ibu kota Beijing saja terdapat 64 masjid.
-Tahukah anda umat islam di Cina dianggarkan 30 hingga 50 juta orang
-Mempunyai kepadatan penduduk melebihi 25 juta orang lebih ramai dari penduduk malaysia.
-Tidak ada budaya lepak di kalangan anak mudanya. Mereka sebok bekerja.
-Jalanraya agak teratur dan tidak kelihatan lumba haram kerana motosikal diharamkan penggunaanya hanya untuk oku sahaja. Basikal menggunakan kuasa beteri diizinkan oleh pemerentah.
-Permaisuri Raja yang dipanggil Ibu Suri di zaman sebelum komunis diberitakan hanya mandi menggunakan perahan susu ibu bagi menghalus muluskan kulitnya (zalim kan?)
-Panjang tembok besar cina boleh mengelilingi Semenanjung malaysia dan siap dibina di zaman maharaja Cina yang ke 15 (15 Maharaja)
-Peniaga Pasaraya milik swasta Di Beijing agak brutal suka tarik orang masuk dalam kedainya tak kira lelaki perempuan.
- Proses tawar menawar perlu bijak kerana barang yang bernilai 300 Yuen boleh ditawar menjadi 120 Yuen shj
-Pemakan rasuah di Cina dikenakan hukuman berat iaitu ditembak sampai mati

Tiada ulasan:

Catat Ulasan