Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Selasa, 8 Mac 2011

Bagaimana Kerja Yang Halal Boleh Dapat Dosa?




Pernah atau tidak anda berjalan-jalan dan terserempak dengan wanita yang memakai pakaian yang menjolok mata. Dedah sana dedah sini. Ada juga yang berpakaian ketat hingga nampak susuk tubuh. Ada juga yang pakai labuh tetapi nipis. Semua ini dah jadi perkara biasa di Malaysia sekarang ini.

Pakaian tersebut sudah tentu dibuat oleh seseorang yang dipanggil orang 'Tukang Jahit'. Dewasa ini tukang jahit terdapat di mana-mana sama ada di kedai mahupun di rumah. Paling ketara ialah bila tiba musim perayaan, maka di waktu itu kita boleh tahu di mana ada tukang jahit yang sedia menerima tempahan melalui iklan-iklan yang ditampal atau iklan dari mulut ke mulut.



Kita berbalik kepada topik di atas 'bagaimana kerja yang halal pada asalnya boleh bertukar menjadi haram'. Dalam Islam formulanya cukup senang. 'Pada setiap perkara yang haram maka apa-apa sahaja yang membawa kepadanya dan apa-apa sahaja hasilnya selepas itu hukumnya tetap haram'.

Jadi kerjaya sebagai tukang jahit juga tidak terlepas daripadanya. Apabila seseorang tukang jahit menerima tempahan dan didapatinya pakaian yang ditempah tadi menepati ciri-ciri yang diharamkan oleh oleh Islam dan dia juga tahu pakaian itu akan dipakai di hadapan orang yg bukan mahramnya sewajarnyalah ia menolak tempahan tersebut. Kerana kalau dia menerimanya bimbang dia juga akan menanggung dosa bila orang tersebut memakainya.

Maka bayangkanlah kalau si pemakainya memakai pakaian yang menggoda yang dijahit oleh tukang jahit tadi hingga membawa kepada perzinaan maka tukang jahit tersebut pasti tidak terlepas dari soal jawab Allah di Padang Mahsyar kelak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan