Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Sabtu, 8 Januari 2011

Hebat jugak ilmu mantiq ustazah nie (1)

Seorang ustazah masuk ke dalam kelas dan memerhatikan wajah anak muridnya. Tangan mendakap erat Al-Quran kemudian mengangkat Al-Quran lalu berkata.
“Ustazah akan letakkan Quran ini di tengah - tengah karpet... Sekarang kamu berdiri diluar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur’an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?”
Murid-muridnya berfikir.Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan lain-lain.
Akhirnya Ustazah memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia mengambil Qur’an. Ia memenuhi syarat, iaitu tidak memijak karpet.
“Murid-murid, begitulah umat Islam dan musuh-musuh Islam…Musuh-musuh Islam tidak akan menyerang kamu dengan terang-terang…Kerana tentunya kamu akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung kamu perlahan-lahan dari tepi, sehingga kamu tidak sedar.
“Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibuatlah tiang yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat.
Sebaliknya, jika ingin merobohkan rumah, tentu susah kalau dimulai dengan tiangnya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kursi dipindahkan dulu, almari dikeluarkan dulu satu persatu, baru rumah dirobohkankan…”
“Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menyerang terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan mempengaruhi kamu semua. Mulai dari perangai kamu, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun kamu Islam, tapi kamu telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara hidup yang ada pada mereka…
Dan itulah yang mereka inginkan.” “Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Serangan Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh-musuh kita… ”
“Kenapa mereka tidak berani terang-terang menyerang, ustazah?” tanya murid- murid.
“Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi.”
“Begitulah Islam… Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya Islam dan umatnya akan lemah dan akidah umatnya akan hancur. Islam yang telah lemah akan mudah diperkotak katikkan. dsan sukar bagi mereka untuk bangkit semula."
Rasanya murid-murid ustazah ini telah mula memahami apakah mesej yang nak disampaikan.
oleh : Nur Qaisa
#Aku mengaji sekolah arab dulu, sabjek mantiq semedang dapat maqbul je... kira gred c la tuu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan