Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Ahad, 23 Januari 2011

Airbag.... Duit lagi.......


Penggunaan airbag akan diwajibkan pada setiap kenderaan pada 2012, itulah yang diberitahu kepada aku oleh beberapa orang teman. Perkara ini telah disebarkan melalui media massa dan laman blog.Kalau benarlah ia dilaksanakan bermakna kereta yang tidak ada airbag terpaksa memasangnya dan terpaksa mengeluarkan wang lebih untuk menanggung kos pemasangannya.

Saya sempat bersembang dengan seorang jiran yang memiliki kereta berusia 15 tahun. "Makin terbeban nampaknya ustaz...? kereta bukan lagi lambang status tapi satu keperluan yang sangat mustahak. kalau dah insuran mahal, alat ganti pun mahal, minyak pun mahal ni tambah lagi suruh pasang airbag alamat menderita rakyat"

"Saya guna kereta inipun unyuk perjalanan dekat saja, hantar anak ke sekolah dan berulang alik ke tempat kerja." Bagi saya mungkin kebanyakkan pemimpin beranggapan setiap rakyat yang berkereta adalah orang yg berada, mewah dan boleh mengadakan apa sahaja seperti yg dikehendaki tetapi hakikatnya banyak yg sengkek, berhutang di sana sini...tapi nak buat macam mana arahan tetap arahan, undang-undang tetap undang-undang andaikata ia dikuat kuasakan.

Menteri Pengangkutan Datuk Sri Kong Cho Ha berkata menurut penyelidikan yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Malaysia (Miros), beg udara itu sesuai untuk kereta salon dan bukan kenderaan jenis lain seperti lori dan bas serta sesetengah pacuan empat roda kerana ketinggian, tempat duduk dan reka bentuk adalah berlainan.

Beliau berkata kajian Miros juga menunjukkan beg udara membantu menyelamatkan nyawa dan mengurangkan kemungkinan mengalami kecederaan serius dan kemalangan jalan dan tidak mengurangkan kadar kemalangan.

"Kita tidak dapat elak sebarang kemalangan kerana banyak sebab yang menyumbang pada punca kemalangan, tetapi apa yang kita boleh buat ialah untuk mengurangkan kecederaan dan kemungkinan menjadi sebab kematian," tambah beliau.

Kong berkata menurut dua pengeluar kereta nasional, Perusahaan Otomobil Nasional (Proton) dan Perusahaan Otomobil Kedua (Perodua), lebih 50 peratus kereta yang dikeluarkan oleh dua syarikat itu telah dipasang dengan beg udara.

"Ia juga menunjukkan bahawa kereta yang dipasang dengan beg udara diterima dengan baik oleh pengguna," kata beliau sambil menambah bahawa pembuat kereta kini mengkaji untuk menyediakannya di semua kereta mereka.

"Harga kereta yang dipasang dengan beg udara adalah lebih mahal, tetapi kita perlu ingat bahawa keselamatan pengguna kereta adalah lebih penting dan nyawa yang tidak dapat dinilaikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan